my lurves

my lurves
hahahaha

Monday, November 21, 2011

Novel bersiri: Bukan Si Rama-rama...


SINOPSIS
Cinta Irfad berkubur apabila Nadya, gadis pujaannya beralih arah pada insan lain. Terluka, dia membenci manusia yang bernama wanita. Selama ini dia ikhlas, setia pada yang satu, kini semua wanita dianggapnya bagaikan kain buruk, layak dilayan serendah-rendahnya.
Namun ada perancangan tersendiri olehNya apabila Irfad ‘terpaksa’ menyelamatkan Aflah, anak manja orang kaya ternama yang cuba mengambil nyawanya sendiri kerana dicurangi cintanya. Gadis itu yang hatinya kecewa, remuk redam ditinjak oleh tunangan dan sahabat baiknya sendiri. Takdir seakan memberi nafas baru kepada mereka. Namun, Nadya yang didera suaminya kembali mencari Irfad, memohon belas dan cinta. Aflah yang baru sembuh hatinya, berbunga cinta pada Irfad.
Siapa antara dua jadi pilihan? Nadya yang kembali kepadanya, atau Aflah yang kini mengusik jiwa. Irfad kini mencari cinta,mencari suri untuk dijulang hidupnya, BUKAN SI RAMA-RAMA.










BUKAN SI RAMA – RAMA

Prolog
Gagang telefon itu diletaknya perlahan. Dia meraup muka. Sungguh, dia memang lelaki sejati. Tapi sebak yang tiba-tiba berkumpul di dada menyesakkan mata. Dia tersedu di kaki sofa. Sial. Memang semua perempuan dilahirkan untuk menjadi sial. Dia tida pernah menyanjungi yang lain. Dia tidak pernah menyintai yang lain. Hanya Nadya. Hanya gadis itu dihatinya.
Nadya.
Ini semua kerana Nadya.
Nadya yang manis.
Nadya cinta hatinya.
Nadya yang bakal disunting menjadi suri hidupnya.
Tujuh tahun menyulam cinta, adilkah pengakhirannya? Terngiang-ngiang suara Nadya yang menuduhnya mementingkan keluarga. Dia sangkakan gadis itu hanya merajuk sementara, namun bulat hati Nadya membuang cinta mereka. Irfad terpempan.
Dia berteleku. Membiarkan saja air matanya gugur.
Biar.
 Kali ini dia menangis, tapi ini kali terakhir. Sumpah, biar ini kali terakhir dia menangisi cinta.
Sumpah, akan dia ajar perempuan-perempuan seluruh dunia agar mengerti bahawa cinta seorang lelaki bukan satu permainan.
Dia akan pastikan seramai mungkin perempuan akan menyembah kakinya, memujanya lalu ditinggalkan tanpa madu. Dibiarkan layu, bagaikan bunga hilang seri. Biar. Biar mereka rasa, tiada lagi cinta.
Sumpah, takkan dia jatuh cinta lagi. Takkan sekali-kali.!













BAB 1

Kalau bintang pada langit itu boleh dia capai, pastinya dicampak jauh-jauh ke kutub utara. Biar hilang cahaya. Biar gelap seluruh dunia segelap hatinya. Asap yang keluar bergulung-gulung dari bibirnya dibiarkan. Bunyi ombak yang tak henti-henti umpama memecahkan hati. Bagaikan lagu cinta yang tidak kesampaian, deru ombak itu mengulit diri.
Irfad menongkat dagu.
Bodoh.
Kerana cinta dia bodoh. Irfad tersenyum sendiri. Mengejek diri. Entah kenapa telefon bimbitnya berbunyi. Irfad menggaru kepala. Kenapa masa dia mahu bermelankolil, mahu melayan jiwa…ada saja gangguannya. Hadui...harap-harap bukan umminya. Dia menekan punat, menyambut panggilan itu.
“Kau kat mana ,bro?” suara Imran kedengaran.
“Pantai.”
“Kau buat apa?”
Irfad mengeluh kecil. “Aku nak pancing ikan duyung la...kau kenapa,kucing kau beranak ke?” Aduhhh…setiap kali tarikh ini tiba, manusia inilah yang selalu menggaggunya.
Berdekah-dekah ketawa Imran di hujung corong. Irfad menggelengkan kepala. Biarlah makhluk itu ketawa. Dia tahu sepupunya itu bukan makan saman.
“Bro,takkan kerana Nadya… kau cari duyung . Punya la ramai manusia bernama perempuan kat dunia ni...kau pilih je...”pujuk Imran. Dia tahu, tiap kali ulang tahun pernikahan Nadya tiba, Irfad akan hilang. Tahun ini tahun ketiga Irfad kehilangan Nadya. Imran mengeluh dihujung talian.
Irfad menggaru kepala. Nasib baik Imran. Kalua orang lain, mampus dicampaknya telefon itu ke laut.Biar tenggelam, biar hanyut dalam kepekatan malam. Dia hanya diam.
“Yelah,yelah...aku tau aku mengganggu. Anyway bro...see you tomorrow.”
 Irfad hanya mendengus kecil. Dimatikan telefon. Bodoh punya Imran. Nanti kau jatuh cinta dan dikecewakan, tahulah macam mana dia nak ajar mamat seorang itu. Sudah  tiga tahun dia dan Nadya berpisah, namun tiap kali mata dipejam, hanya senyum manis gadis itu yang mengusik jiwanya. Irfad menarik nafas, merenung ombak yang berdebur di pantai.Pergilah jauh-jauh cinta. Jauhlah wanita darinya.

Entah bila dia terlena,Irfad tidak pasti. Namun bunyi brek kereta yang kuat menyedarkan dirinya. Bunyi perempuan menangis,mengongoi panjang menangkap telinga. Irfad menutup mata. Mungkin mimpi, mungkin khayalannya. Suara itu makin dekat, namun matanya masih lagi terpejam.
 Biarlah. Malas dia nak ambil tahu. Mungkin mimpi, mungkin halunisasi.
Bunyi tapak kaki berlari ke arah pantai semakin kuat. Bawah cahaya rembulan dan lampu jalan, susuk tubuh seorang wanita sedang berlari keluar dari kereta yang tersadai di tepi pondok rehat  itu berbalam-balam. Kereta itu telah dimatikan enjinnya.
Irfad mengeluh. Apa kejadahnya tinggalkan kereta macam tu? Dan apa hal pula perempuan sorang-sorang tengah malam buta ni? Takkan buang anak kot? Kalau hantu tak kan pandu kereta. Aduhhhh...dia membatukan diri. Baru saja dia mahu kembali memejamkan mata, bunyi sesuatu terjun ke air berdebur dengan kuat.
Biar betul!
Perempuan tadi. Mana pergi perumpuan tadi?
 Hatinya gusar. Pantas Irfad berkejar ke arah laut. Ada sepasang sepatu stiletto putih di sisi air. Takkan perempuan tu mandi,kata hatinya.
Baru saja dia ingin berpatah balik, kelihatan seperti sepasang tangan tergapai-gapai di muka laut. Kalau dibiarkan,dia rasa berdosa. Mujur malam bulan mengambang,nampak juga dia batang tubuh itu yang terkapai-kapai dilambung ombak.Entah si bodoh mana yang gatal-gatal  terjun ke laut tatkala ini. Irfad tekad. Kalau mati, tak pasal-pasal dia jadi saksi. Aduh…nak rehat sikit pun tak boleh. Dia lantas bangun, mencari batang tubuh si bodoh yang sedang tenggelam.

Berat juga perempuan ini. Dicempungnya batang tubuh yang terkulai layu ke pantai. Irfad menarik nafas dalam-dalam. Ditelengkupnya badan gadis itu sambil menepuk belakang tubuh yang kaku dan dingin.
Anak siapalah ini? Desis hatinya. Cantik, tapi tak ada akal. Muka macam Melayu, dressing kalah Angelina Jolie. Irfad menarik nafas tercungap-cungap. Hampir-hampir saja dia kelemasan. Segera dia mengambil kain pelekat yang dibawanya selalu untuk solat, lalu dibalutinya tubuh kecil langsing itu kemas.
Nasib kau baik perempuan,getus hatinya lagi. Kalau aku ni jahat, dah lama aku campakkan kau ke laut sendiri.
Gadis itu sedikit terbatuk, mengeluarkan air laut dari hidung dan mulut. Irfad menepuk-nepuk belakang gadis itu dengan kuat. Biar keluar semua air laut yang bersarang di hidung. Sudahlah pakai seksi persi dewi roman, apa kerjanya mahu bunuh diri di malam buta. Gadis itu terbatuk-batuk lagi sambil memuntahkan air. Baru saja Irfad mahu menepuk muka,gadis itu terkulai kembali.
           
Aflah menggerakkan kaki. Tubuhnya terasa kejur dibalut kedinginan. Rambutnya yang panjang terurai masih lagi basah. Sudah matikah dia? Air mata berjuraian keluar. Kalau benar dia sudah mati, jangan campakkan dia ke neraka yang terbawah. Sedu di dadanya kembali mengisi ruang. Dia cuba bergerak, mahu sedar dari mimpi ngeri ini.
“Lain kali, kalau nak bunuh diri...terjun bangunan, mati terus. Ini menyusahkan aku selamatkan engkau.”
Pantas Aflah membuka mata. Suara garau lelaki itu menyentap tangkai hati. Dia cuba bangun, namun seluruh badannya sakit-sakit. Sedari dia hanya berbalut jubah mandi yang tebal dan diselimuti comforter.
Di mana dia? Aflah tergagau-gagau.
“Kau di tempat aku. Aku yang buka baju kau. Bukan aku nak buka sangat, tapi kalau aku tak salin pakaian kau tu, tak pasal-pasal kau mati kesejukan. Macam dinasour zaman Ice age.” Keras saja suara itu.
Aflah terkedu. Dipandang sekeliling perlahan-lahan. Ini macam hotel. Hatinya berkompang laju.
“Kau siapa? Kenapa kau selamatkan aku?” Soal Aflah.
Lelaki itu memandangnya. “Aku ultraman, kau siapa?”
Bulat mata Aflah mendengar jawapan lelaki itu. Biar betul. Orang gilakah?
“Kau siapa?! Kenapa kau selamatkan aku? Kenapa kau tak biarkan aku mati saja?”soalnya lagi. Kali ini dengan air mata yang kian laju.
Lelaki itu bergerak kearah katil tempat dia berbaring. Sepertinya, lelaki itu berbalut jubah namun berseluar panjang. Jambang yang meliar tumbuh di wajah lelaki itu menjerat rasa Aflah. Tajam saja renungan mata itu memandangnya dari atas dan bawah.
Gangster mana yang selamatkan dia? Ya Allah...apa yang dia dah lakukan ni? Air mata Aflah turun dengan laju.
Irfad melabuhkan punggung di sofa. Direnungnya wajah gadis itu. Perlukah dia rasa kasihan? Dia mendengus kasar.
“Lain kali, kalau nak terjun laut, kau naik feri. Tak pun buat jauh-jauh. Aku bukan nak selamatkan kau, tapi terpaksa. Kau ni terencat akal ke?” soal Irfad lancang. Kalau adiknya sendiri, dah lama dia penyek-penyek buat belacan.
Gadis itu mengangkat muka. Digelengnya kepala bertalu-talu.
“Muka cantik, tapi bodoh bab berfikir,aduh…kau betul nak mampus ke? Sah terencat akal!” Kali ini lelaki itu merenungnya tajam.
Aflah menggelengkan kepala. Sampai hati lelaki bongok itu. Perempuan secantik dia dikatakan terencat. Mesti mamat kampung. Takpun rabun.
“Dah lah,kau tidur dulu. Nanti aku datang balik pagi esok,” ujar Irfad. Buang masa bercakap dengan tunggul kayu. Silap haribulan, jadi mangsanya yang seterusnya. Irfad meraup muka, cuba menenangkan diri. Dicapainya tuala ungu yang tersadai di sofa. Segera dia bangun dan berjalan keluar. Daun pintu itu dihempasnya.
Biar. Dah orang selamatkan, banyak soal pula. Nasib baik dia tolong ‘pancing’ dari laut, kalau tidak berkubur jadi makanan ikan.

Aflah menangis semahu-mahunya. Kerana Eddy dia begini. Jantan tak guna! Berani dia berpeleseran dengan Aleez dibiliknya sendiri. Kalau bukan kerana handphonenya dibilik hotel tertinggal, pasti gelagat dua belangkas itu terus jadi rahsia. Hatinya runtun. Masih terbayang Eddy dan Aleez bergelut bagaikan sepasang kucing miang di katil. Tanpa seurat benang! Masih terbayang wajah Eddy yang penuh kesal dan senyuman sinis Aleez di katil itu. Tunang dan kawan baiknya sendiri!
 Aflah mengongoi lagi.
Irfad menepuk dahi. Aduh,rokoknya tertinggal di bilik duyung dungu. Mahu tak mahu, dia berpatah balik. Perlahan saja pintu bilik itu dikuak. Gadis itu nampaknya tidak sedar akan kehadirannya. Kelihatan asap berkepu-kepul keluar ditingkap.
“Aku nak rokok aku. Kalau kau nak lagi, kau beli sendiri,”keras Irfad berkata-kata. Terbatuk-batuk gadis itu. Riak terkejut jelas pada wajahnya.
“Sorry...”pohon gadis itu perlahan.
Irfad hanya mengangkat kening. Diambilnya Malboro di tepi katil.
“Please don’t judge me by what I’ve done or what you see,”luah gadis itu . Bergetar suaranya.
Langkah Irfad terhenti.
“It’s not my problem. And I don’t want to know.” Dia mencapai kotak rokok itu antas menutup daun pintu kuat-kuat.
Gadis itu terdiam. Rokok dijarinya disedut dalam-dalam. Air mata dipipi masih lagi mengalir. Pergi jahanam dengan lelaki, pegi jahanam dunia ini. Sedunya berlagu dalam sepi.

Ketukan di pintu membuat Aflah terkebil-kebil.
“Siapa?”
“Room services,Cik,”balas suara dari luar.
Terpisat-pisat Aflah bangun membuka pintu. Bau nasi lemak dan sambal tumis menusuk hidung. Asap kopi dari teko masih lagi berkepul-kepul.
“Bos minta Cik Aflah sarapan dulu. Dia ada kirimkan pakaian untuk Cik Aflah. Saya susunkan dalam almari. Nanti pukul sepuluh pagi, dia datang jenguk Cik Aflah.”
Aflah hanya mengangguk.
“Minta maaf, siapa bos awak? Saya di mana?” soal Aflah.
Wanita separuh umur itu tersenyum. Tangannya lincah menuangkan kopi yang semerbak baunya. Selera Aflah membunga.
“Encik Irfad.Bos kami namanya Irfad. Cik Aflah berada di inap desa kami, Inap Desa Ulik Mayang,atau kalau orang sini panggil IDUM saja. Nanti Cik Aflah boleh berjumpa dengannya. Saya keluar dulu ye,cik.”
 Aflah menganggukkan kepala sambil mengunyum senyum. Biarlah siapa pun manusia itu, dia akan berterima kasih.
“Makcik , marilah sarapan bersama. Tak seronok makan sorang-sorang,”Aflah mengajak wanita itu bersungguh-sungguh.  Agaknya sebaya dengan mama.
“Terima kasih, makcik dah sarapan tadi. Kalau perlukan apa-apa, Cik Aflah intercom pada front kaunter. Minta bercakap dengan Jamilah. Makcik la tu,”ujar wanita itu.
Aflah mengangguk kecil.
“Cik Aflah...”
Aflah mengangkat muka. ‘Ya.”
“Dalam almari tu,ada beberapa pasang pakaian dan telekung untuk solat. Panggil makcik kalau perlukan apa-apa ye,”beritahu Jamilah sambil tersenyum.
Aflah tersenyum sambil mengangguk. Hampir saja airmatanya menitis, namun dia menahan gelora. Mama dan papa perlu dia hubungi segera.

“Kamu buat apa?!”soal Hajah Wook sambil mengurut dada. Kalau tak kerana teko air panas di tangannya, mahu saja diluku-luku kepala si Irfad.
Budak bertuah!
Haji Muzir hanya tersengih-sengih sambil mengunyah karipap yang masih panas.
Hajah Wook menjegilkan mata sambil mulutnya beristighfar.
“Abang haji oiii...awak ni ada telinga ke tidak? Awak dengar tak apa yang dicerita anak bertuah awak ni?” soalnya kuat.
Terbatuk-batuk orang tua itu. Haji Muzir hanya mengangguk-angguk sambil menelan liur.
“Kalau ye pun,biarlah saya habis makan dulu cik adik oii...”balas HajiMuzir. Habis separuh karipapnya tersembur keluar. Nasib baik cinta hatinya, kalau orang lain,sah-sah dia jolok dengan tongkat kayu di sebelah kerusinya itu.
Irfad tersenyum kambing. Kelakar bodoh juga ummi dan walidnya. Kadang-kadang dia malu sendiri melihat orang tuanya. Makan bersuap-suap. Panggilan sayang ,darling biasa saja keluar dari mulut mereka.
“Ummi...rasional la sikit. Ir cuma salinkan pakaian dia yang basah kuyup tu. Takkan Ir nak biar dia tidur dalam baju basah lencun tu,hiportemia lah nanti. Ala...Ir tengok aje,tak buat apa-apa.  Kecemasan tu mi...”bela Irfad.
Haji Muzir mengangguk-angguk.
“Ha! Awak memang setuju aje dengan si Irfad ni ye. Ya Allah...kalau lah budak perempuan tu saman ke,report polis ke,macam mana?” Kali ini tinggi saja Hajah Wook bersuara. Marahnya pada Irfad dengan perangai selambanya itu masih membuak-buak.
“Hai...dah ditolong si Ir,takkan dia nak saman pulak sayang oiii...kalau betul dia saman...ha! apa lagi,kita saman dia balik,”balas Haji Muzir sambil tersenyum-senyum.
Irfad di hujung meja menahan tawa. Dia tahu, sebelum bom jangka umminya meletup,baik dia cabut lari. Memang, takkan kucing menolak ikan,tapi kali ini ikan masin, tak nak dia. Mungkin kejantannya tercabar, tapi dia malas cari nahas. Nadya telah membunuh jiwanya. Tatkala dia menyalin pakaian gadis itu semalam, entah mengapa tiada sekelumit rasa pada tubuh mulus itu. Irfad ketawa sendiri. Mungkin dia menjadi terlalu baik sekarang.
“Ha! Kenapa kamu senyum sorang-sorang ni? Dengar ummi pesan…nanti bawa budak perempuan tu ke sini. Jangan nak cari nahas, Ir. Kamu tu lelaki, dia tu perempuan…”
“Yelah mi, tak kan dia pondan kot. Ir tengok lengkap semua kat tubuh badan dia,” guraunya sambil tersenyum-senyum.
Hajah Wook mengurut dada. Dipandangnya Irfad yang buat bodoh di kerusi itu. Galak saja anak lelakinya itu mengunyah makanan. Meski hatinya gembira, dia masih lagi waras. Jarang dia dapat lihat Irfad ketawa begitu. Sudah tiga tahun setelah Nadya meninggalkan anak lelakinya itu, Irfad jauh berubah. Anak itu masih lagi bergurau senda, tapi hanya sesekali. Bukan dia tak tahu, pelbagai cerita sampai di telinganya. Cerita Irfad yang galak berasmara dengan perempuan yang pelbagai. Hati seorang ibu cukup parah mendengarnya, tapi dia mahu Irfad sendiri mengakuinya.
“Irfad Bin Muzir…kamu jangan buat ummi naik angin! Ya Allah, lindungilah anak aku ini.” Keras sahaja perkataan yang keluar dari mulut Hajah Wook itu.
Irfad terkekek-kekek ketawa. Geli hati melihat riak wajah umminya.
“Yelah yelah…nanti Ir dukung dia ke mari. Kita buat orang gaji ye,” usiknya lagi.
Hajah Wook menjuihkan bibir. Tak kuasa dia nak melayan anak jantannya yang seorang ini.
“Okay babygirl, Ir pergi dulu.” Matanya dikenyit pada umminya yang sedang menghirup kopi.
Haji Muzir berdekah-dekah ketawa.

Aflah menyisir rambutnya perlahan-lahan. Hatinya dari tadi tak keruan mengingatkan panggilan telefon tadi. Bos nak jumpa di lounge. Bos. Siapa Bos? Siapa Irfad? Harap-harap pakcik tua yang beruban dan giginya tinggal dua. Nanti bolehlah dia bertanya pekerja yang mana satu yang selamatkan dia dari tindakan pendek akalnya semalam. Aflah merenung cermin. Baju blouse Zara dan seluar jeans Levis yang dipinjamkan padanya muat-muat dengannya. Agaknya Encik Irfad ada anak perempuan sebaya ataupun isteri sebaya dengannya. Aflah ketawa kecil. Cuba menutup hati yang gementar. Kakinya bergetar mengatur langkah. Moga dia punya kekuatan untuk berterima kasih.
Irfad menyedut fresh orange dalam-dalam. Sejuk dadanya. Bunyi tapak kasut menghampiri meja di louge berhampiran swimming pool itu menghentikan lamunannya. Dia menilik mykad yang berada ditangannya setelah sekian lama diprgang saja.
Aflah.
Aflah Binti Juffri. Tas tangan jingga dengan permata jenama Guess itu direnungnya. Macam pernah dengar nama bapaknya, takkan anak mafia kot. Dia ketawa kecil. Rambutnya yang panjang hampir menyentuh bahu itu disisirkan ke telinga. Jambang yang meliar tumbuh di pipi dan dagu dibiarkan sahaja. Bukan dia sengaja mahu menyelongkar, tapi rasa ingin tahu membuatkan dia mencari siapa si bodoh yang sanggup terjun ke laut malam-malam buta.
“Banyak juga harta karun si bodoh ni,”perlahan saja dia bersuara.
Di meja itu, tersusun Mykad, kad-kad kredit dan debit,kad keahlian yang pelbagai sehinggalah kad siswa NYU University. Boleh tahan. Bukan sembarangan juga si duyung bodoh itu.
“Apa tu ,bos?” soal Jazli sambil menghidangkan mee goreng mamak dan keropok lekor pada Irfad.
“Ni ha, duyung semalam punya,” balas Irfad sambil menghidu harum mee itu. Biarpun sudah penuh terisi, tapi masakan Mak Melah setara ibunya. Nasib baiklah Mak Melah itu dah bersuami, kalau tidak pasti dia ajak kahwin lari.
“Kau dah makan belum,Jaz?”
Jazli hanya tersengih sambil menunjukkan ibu jari tanda bagus.
“Semalam, masa bos angkut dia balik… nampak macam cun juga,bos. Try la usha. Boleh buat ‘lapik kaki’ lagi,”usik Jazli lagi. Hanya dia dan Imran, sepupu Irfad yang tahu kegilaan perangai Irfad selepas putus cinta. Mulanya dia terkejut dengan perubahan perangai bosnya itu, namun lama-kelamaan dia sendiri hanya mengikut saja. Entah berapa ramai gadis miang yang jadi ‘korban nafsu’ Irfad, dia sendiri tak tahu. Cuma Irfad berpesan, jangan sampai ke telinga ummi dan walidnya. Bimbang orang tua berdua itu mati sakit jantung. Imran juga jenuh melarang, tapi hanya dibalas dengan senyuman oleh Irfad.
Irfad tersengih-sengih. “Apa lagi yang kau nampa?. Kau cakap betul-betul, nanti aku report pada Imah.”
Jazli ketawa. “Tak ada apa-apa la, bos… nampak muka aje. Try la usha,bos.”
“Tak nak aku. Kalau aku betul-betul nak, aku buat dia menyembah di kaki aku.”
Jazli terdiam. Tahu benar amarah Irfad pada perempuan. Pada Nadya. Dia pernah bertemu Nadya beberapa kali semenjak inap desa ini dibuka. Hampir empat tahun dibuka, inap desa yang mempunyai lima chalet dua bilik dan dua villa empat bilik mula menjadi sebutan. Gadis itu ada datang membantu. Selaku pereka hiasan dalaman professional, inap desa ini mendapat sentuhannya.
“Bos nak buat apa dengan dia?” Soal Jazli lagi. Dia tersenyum sendiri melihat Irfad menguntum senyum sambil mengangkat kening.
“Buat apa lagi? Buat bodoh sudahlah, Jaz. Awal-awal lagi ummi warning aku.” Irfad ketawa apabila teringatkan kata-kata umminya. Mungkin ummi sudah tahu apa yang dibuatnya selama ini, tapi dia malas nak mengakuinya. Dia tak mahu umminya susah hati. Biar segala dosa dan beban ditanggungnya.
“Jaz, nanti kau dan Imah siapkan Villa Kuala, ada keluarga dari Singapura akan sampai pukul dua nanti. Kau minta Pak Rashid drebar ambil mereka di airport jam 1.30 nanti.”
Jazli mengangguk sambil mengangkat tabik. Rezeki masuk, jangan ditolak. Makin ramai yang menginap di sini, makin banyak pulangnnya.
“Okay, bos. Sekarang juga saya buat.”
Irfad ketawa kecil. Biarlah, Jazli walaupun sebaya dengannya, masih boleh diharap. Mereka sama satu sekolah, malangnya Jazli terbuai dengan pengaruh dadah di bangku kolej menyebabkan dia dibuang dan disingkirkan dari kolej. Nasib sahabatnya itu cepat sedar. Kasihan melihat ramai yang teragak-agak mahu mengambil Jazli berkerja, Irfad membuka ruang. Dia tak mahu Jazli dibawa arus dadah lagi. Biarlah, sekurang-kurangnya dapat juga dia menolong seorang sahabat.
IPhone si duyung yang menjerit-jerit minta dijawab menggangu lamunannya. Di skrin itu terpapar gambar seorang lelaki berwajah Pan Asian yang bernama Eddy. Irfad teragak-agak, mungkin adik atau abang si duyung. Kalau nak kata suami, elok juga. Boleh dikhutbahnya lelaki itu.
“Hello, Af…hello sayang…cakaplah.” Suara itu seakan merayu di hujung talian.
Irfad hampir ketawa. Kekasih rupanya. Aduh, jantan tak masak. Merayu macam budak kecil.
Honeybear, it’s me. Please talk to me…I’m so sorry, Af. So sorry…just talk to me darling.”
Irfad berdehem. “Siapa darling kau?” Soalnya keras.
Diam. Tiada suara di hujung talian.
“Kau siapa? Apa kau buat pada Aflah hah?” Eddy  menjerit di hujung talian.
Irfad hanya menyeringai.
“Aku Ultraman. Kau ni siapa? Dah la telefon orang, marah-marah macam naik hantu. Chill ah,bro.” Sengaja Irfad menyimbah minyak. Biar panas, dapat dia mengorek rahsia.
Good God… jangan main-main. Kau siapa?!” Kali ini suara itu makin kuat.
Irfad ketawa bedekah-dekah. Geli hati mendengar lelaki sebegitu rupa. Bodoh punya jantan. Lantas telefon itu dimatikan.
“Seronok nampak.” Suara itu bersahaja menegur dari belakang.
Irfad memalingkan muka. Ketawanya tiba-tiba mati. Berdiri dihadapanya kini berbeza daripada semalam. Duyung bodohnya seperti ditarik balik sumpahannya. Hilang dengan mascara hitam dan eye shadow yang bagaikan mata panda, bibir yang bergincu merah terang dan maxi greecian putih bak dewi roman, gadis itu sudah ‘fresh face’. Rambutnya yang panjang separas bahu diikat ponytail. Kemas dan terletak. Blouse putih dan jeans kepunyaan Aisha muat-muat pada batang tubuh gadis itu.
Irfad menarik nafas,matanya menelan kejelitaan Aflah yang masih berdiri dihadapannya. Macam Megan Fox versi melayu, dengan bibir yang menggiurkan, mata galak dan rambut yang terurai panjang. Wangian Chanel no. 5 menusuk ke hidung, membuai rasanya seketika.
Aflah menggosok lengan. Tiupan angin dari pantai sedikit sejuk pada lengannya. Dia tahu si ultraman semalam sedang memerhati, tapi dia buat bodoh. Baru lelaki itu tahu dia cantik, huh…rasakan.
“Duduklah, tak kan nak jadi model kat situ.” Sinis saja pelawaan yang keluar.
Aflah menyumpah dalam hati, namun dia tersenyum manis. Nasiblah aku terhutang nyawa dengan mamat ni, kalau tidak…
“Nak minum apa-apa?”
Aflah menggelengkan kepala.
“Makan?”
Masih gelengkan kepala.
“Ooo…bisu. Semalam saya cakap dengan hantu gamaknya.” Selamba saja Irfad mengungkap kata. Dia mahu beramah tamah, membuka bicara.
Aflah mengetap bibir. “Saya dah kenyang,terima kasih.”
Irfad ketawa kecil. Matanya menatap wajah itu makin kelat. Hairan juga, makin kelat makin manis dilihatnya. Gaknya betul kata orang tua, yang kelat itu mujarab, mujarab untuk mata, untuk kebangkitan jiwa.
“Siapa Irfad? Maksud saya, Encik Irfad. Mana dia?” Kali ini Aflah pula menyoal. Pungungnya dilabuhkan di kerusi rotan bertentangan dengan jejaka itu. Matanya tidak lepas dari melihat barang-barang peribadinya yang tersusun kemas di meja rotan dihadapannya. Mahu dicapainya bimbang dituduh gelojoh, tidak percayakan orang lain. Matanya membilang satu-persatu ‘harta’ miliknya yang bergelimpangan di atas meja.
“Encik Irfad tak ada, dia balik rumah mengasuh anak. Awak nak apa dengan dia?” Irfad menyoal serius. Mulanya mahu saja dia mengaku, namun dia rasa ada baiknya dia bersembunyi dahulu, jadi pemerhati.
Deveena yang sedang mengelap kaunter sedikit terbatuk.
Irfad mengenyitkan mata dari jauh, mohon persefahaman. Dia mahu hal ini menjadi rahsia. Deveena hanya ketawa sambil menganguk-angguk.
Aflah menarik nafas. Malas benar dia nak bersoal jawab dengan lelaki sebegini. Sudahlah muka macam gangster, perangai macam singa. Harapnya dia yang diselamatkan, jika tidak memandang pun dia tidak mahu. Buang karan.
“Saya nak ucapkan terima kasih pada dia, sebab benarkan saya bermalam di sini.” Aflah terdiam sebentar. Dia cuba mencari kata.
“Dan…saya terhutang budi pada awak, Encik Ultraman. Awak yang sudi selamatkan saya semalam. Saya betul-betul berterima kasih.” Tulus dan lembut perkataan itu keluar. Aflah menundukkan wajah. Bukan apa, dia tak mahu air mata yang mahu menerjah keluar dengan tiba-tiba. Silapnya juga, mengikut telunjuk rasa dan amukan hati yang rusuh. Sungguh dia kesal. Kiranya dia mati semalam, entah apa akan jadi pada keluarganya. Namun Eddy memang celaka. Dia sungguh bencikan lelaki itu. Sangat-sangat benci!
Irfad membuang pandangan ke laut. Sebatang rokok diselit lalu dinyalakan perlahan. Dalam-dalam disedutnya. Rambutnya yang berjuntaian di dahi bergerak ditiup angin. “Aku bukan sudi, aku terpaksa. Lagipun bukan saja-saja aku nak tolong, kau bayarlah. Mana ada benda free kat dunia ni?”
Aflah tersentak. Namun dia tidak menafikan, lelaki dihadapannya ini sewajarnya mendapat habuan. Mendapat penghargaan kerana menyelamatkan nyawanya.
“Berapa awak nak?”soalnya perlahan. Dia tahu, tiada sesiapa yang akan menolak ganjaran lumayan. Kalau tidak cukup, dia akan minta dengan papa. Dia tidak mahu terhutang budi selamanya.
“Saya nak awak untuk satu malam, boleh?” soal Irfad serius. Ditiliknya gadis itu dari atas dan bawah. Biarlah,apa salahnya mencuba. Silap haribulan, dapat ‘makan’ percuma.
Aflah terkedu. Biar betul mamat ni. Dia memeluk tubuh, memandang ultramannya yang tersenyum sinis. Seram sejuk dirasanya. Mata tajam lelaki itu membuat dia tidak keruan.
“Boleh ke tidak,Cik Aflah?” kali ini Irfad bersuara keras.
Aflah menggelengkan kepala. Perasaan terkejutnya masih lagi bersarang dalam hati. Dia memeluk tubuh.
“Kalau tak boleh tak apalah. Awak bayar mee goreng saya ni. Boleh?” Irfad bertanya lagi.Gadis itu dilihatnya semakin keliru. Padan muka, rasakan. Senang-senang mahu mengambil nyawa sendiri.
“Itu saja ke?” kecil saja suara Aflah bertanya.
“Yelah, tadi saya minta awak dengan saya satu malam awak tak nak, jadi tolong bayar mee ni kira okaylah,”balas Irfad sambil menghembus asap ke udara.
Aduh, dah mereng ke mamat ni? Aflah menggaru kepala. Aku tanya betul-betul, dia jawab main-main.
“Ni, bos saya minta saya pulangkan segala harta karun awak,Cik Aflah. Harap semuanya cukup.” Dia mengaut semua barang-barang itu, disorongkan pada Aflah yang masih membisu.
Aflah diam sambil memungut barang-barangnya. Dia memeriksanya satu-persatu. Lelaki dihadapannya memandangnya sinis. Semuanya lengkap, malahan wang tunainya yang beratus ringgit seakan tidak terusik. Dia menarik nafas lega. Paling penting sekarang, dia perlu hubungi mamanya. Bimbang jika Eddy mereka-reka cerita yang bukan-bukan. Biar mamanya tahu sendiri dari mulutnya. Cincin berlian Tiffany pemberian Eddy masih tersarung di jari manisnya  ini akan di buang ke laut. Pergi mampus dengan jantan itu. Aflah melepaskan nafas. Rasa sebak menguasai diri.
IPhonenya yang masih di tangan lelaki itu direnungnya resah.
“Boleh minta telefon saya?”
Irfad menghulur perlahan, gadis itu sedikit gugup mahu menyambut hulurannya.
“Jangan bimbang Cik Aflah, ambil lah. Saya tak makan orang. Saya cuma ‘makan’ orang yang sudi saja.”
Pantas saja Aflah menyambar telefon itu. Malangnya lelaki itu lebih pantas. Tangannya digenggam erat. Air matanya mahu kembali menerjah kelopak mata. Entah kenapa hanya air mata teman setianya kini. Semalaman dia menangis, menjeruk jiwa dengan derita. Mengenang sebuah cinta yang dijulangnya selama ini.
“Cik Aflah…bos saya pesan, kalau cik adik nak tinggal lagi di sini, boleh. Tapi cik tak boleh bayar dengan cash atau tunai, cik kena buat kerja macam kami,boleh? Kalau cik adik nak blah pun dia tak kisah, cik boleh pergi. Biasalah…tangan mulus macam cik ni mana mahu buat kerja macam kami.” Sengaja Irfad mencabar. Walaupun air mata gadis itu sudah kelihatan menuruni pipi, dia mahu gadis itu sedar.  Sedar dari mimpi, sedar yang dunia berbeza bagi setiap orang. Geram kalau diingatnya tentang semalam. Mudah benar gadis secantik ini melontar diri ke tangan maut. Ramai lagi manusia yang mahu mengisi tempat di dunia ini, menanti peluang bertuah menjadi segalanya.
Aflah menarik tangan, air mata yang berjujuran dibiarkan. Cepat-cepat dia berpaling, cuba melangkah menjauhkan diri.
“Nak ke mana? Mahu lari lagi…tu, depan sana laut. Kau pergi terjun sekarang. Pergilah. Kau nak menangis ke, nak mampus ke, kau pergi. Perempuan bodoh,”marahnya berapi. Geram dia melihat gadis itu terkebil-kebil macam si dungu.
Tangannya menggigil menahan amarah. Ya, dia memang bodoh, namun jangan dinilaikan kebodohannya dari satu tindakan. Dia yang silap, silap membuat perhitungan. Senang saja lelaki ini berkata-kata. Dia bangun, mngutip semua barang-barangnya. Dia mahu pergi dari sini.Lelaki. Semua lelaki sama! Sumpahnya dalam hati.
Irfad yang memerhati ketawa berdekah-dekah. Pergilah perempuan, pergi. Semua perempuan sama. Air mata dijadikan senjata. Dia tidak akan tertipu lagi. Dia serik. Sumpahnya, biar perempuan yang menangis, melutut dikakinya sehingga kiamat. Biar mereka semua tahu, dia tiada lagi rasa simpati!

Dia berdiri mengadap laut yang membiru. IPhonenya itu dilekapkan ke telinga rapat-rapat.
“Jangan jadi bodoh, Af. Mama tahu semuanya. Just forgive him,okay. Papa dan uncle Zaid baru saja buat a new contract for our merger with their company. Just forgive him, okay!” keras suara mamanya di hujung talian. Aflah terduduk di tepi pantai.
Sampai hati,mama. Kalau setakat Eddy dan dia bertengkar, dia mampu memaafkan, namun ini curang, curang dengan Aleez. Selama ini pun, bukannya dia tak mengikut apa yang mama suruh. Pintalah apa saja, dia turutkan. Mahu hantar dia belajar ke luar negara, dia pergi. Mahu apa saja, dia tunaikan sahaja. Tapi untuk memaafkan dan menerima Eddy kembali, no way! She’s not that stupid, she’s not that weak.
I’m sorry,ma. I really can’t. kalau mama nak sangat Eddy jadi ahli keluarga kita, mama aje yang kahwin dengan dia,”tegasnya dalam sebak. I hate him,ma. I really hate him for what he have done. Can you understand that!
“Aflah Juffri! Get your pretty little butt home right now or mama potong semua kad kredit kamu. Jangan ingat mama tak buat! Af dah melampau, benda kecil macam ni pun nak dibesarkan sangat. Come back home right now!” Dengus nafas mamanya yang kian marak seakan terhembus ditelinga. Sampai hati mama mengugutnya begitu. Air mata yang ditahan mulai mengalir ke pipi kanannya. Dia menahan nafas.
“Ma…please be reasonable about it. Dia curang mama…dengan Aleez. Mama perempuan, fahamilah perasaan Af…” Gadis itu merayu. Sendunya ditahan.
Mamanya hanya membisu.
Fine. Fine… Af mengalah. You can cut all my credit cards,ma. Just do it. I’m not gonna do anything about it.”
“Afl…”
Telefon dimatikan. Sungguh dia terasa kehilangan. Bukan tanya khabar berita, dimarahi lagi adalah. Sampai hati mama. Memang mama tak pernah sayangkannya, mama hanya menyayangi harta papa dan rupanya sahaja. Mama hanya cintakan dunianya. Aflah mengongoi sendirian.


BAB 2

Mukanya dibasuh perlahan-lahan. Aflah memandang semua kad kredit yang dipotong-potong satu persatu. Yang tinggal hanya kad debit miliknya. Itu sememangnya duit hasil titik peluhnya berkerja di syarikat telekomunikasi dan juga syarikat papanya. Mungkin ada sepuluh ribu atau lebih, tapi sampai bila. Baru sebentar tadi dia menelefon hotel singgahannya bersama Aleez. Mujur betina itu sudah check-out. Dia ingin mengambil beg dan pakaian yang ditinggalkan di sana.
Gagang intercom itu diangkat lalu dia mendail nombor ke kaunter penyambut tetamu.
“Selamat petang, Deveena sedia membantu.”
“Selamat petang. Aflah speaking here. I’m sorry to bother you Deveena, but I need to rent a car. Mana ye saya boleh dapatkan kereta sewa?”tanyanya.
“Oh, Cik Aflah ke ni? Kereta Cik Aflah ada di sini. Atau cik Aflah sememangnya mahukan kereta yang lain ?”
Aflah menepuk dahi. Lupa pada kereta Audi kesayangannya. Kereta itu teman sejatinya, hasil titik peluhnya juga. Mungkin si ultraman mereng yang bawa balik keretanya ke sini.
“Tak apa Deveena. Saya terlupa. Kuncinya ada di mana?”
“Ada di front counter, Cik Aflah. Do you need anything else?”
“Itu saja. Terima kasih,ya.” Aflah meletakkan gagang.  
Dia menyambar tas tangan Guess lalu menutup pintu. Dia perlu kuat. Langsung dia tidak menyangka business trip kali ini menjadi satu malapetaka. Bukan sekali dua dia bersama Aleez pergi ke mana-mana, tapi sudah berkali-kali. Aleez teman baiknya, merangkap setiausaha peribadinya. Dia menarik nafas. Debur ombak pada petang itu seakan menghempas hatinya. Dipandangnya sekeliling. Cantik, mendamaikan. Di hujung sana, kelihatan sebuah banglo campuran kayu dengan ciri kemelayuan tersergam di lereng bukit. Pagar kayu yang mengelilingi banglo itu cukup kemas dan teratur, seakan memanggilnya ke sana. Aflah menggelengkan kepala. Dia melangkah sambil memandang kiri dan kanan. Inap desa yang berciri kemelayuan itu sungguh unik. Semua rumah tamu dan banglo tamunya dibuat daripada kayu. Ayam dan itik dibiarkan lepas bebas. Kucing-kucing juga ada yang turut bersantai di ruang pejalan kaki. Sewaktu pulang ke rumah tamunya, seekor kucing jantan berbulu hitam dan putih ralit menggoyangkan ekor di hadapan pintu. Jinak dan gebu. Aflah tersenyum sendiri. Digosoknya kepala kucing itu lembut. Sudah lama dia inginkan seekor kucing, namun mama memang tak suka membela haiwan di rumah mereka. Mungkin ada baiknya dia tinggal di sini. Berkerja di sini sambil menenangkan hati. Mencari ketenangan untuk sementara.
“Selamat petang, Cik Aflah. Ini kunci kereta Cik. Kereta cik ada di tempat parkir kereta di hujung sebelah kiri bangunan ini. Boleh saya tahu Cik Aflah nak ke mana?” Mata Deveena yang bening memandangnya membuat Aflah terasa dihargai.
“Saya nak ambil barang di Primula Beach Hotel. Jauh tak dari sini,Deveena?”
“Jauh juga. Kau tahu ke jalan dalam Kuala Terengganu ni?”
Aflah sedikit terkejut. Ya Allah…lelaki itu lagikah? Dia mengetap bibir.
Deveena hanya berdehem kecil, cuba menyembunyikan tawa yang mahu keluar.
“Cik Aflah…sini Merang. Kuala Terengganu kira-kira tiga puluh minit dari sini. Jalannya bersimpang-siur, berbukit-bukit. Nanti sesat, susah…”
Aflah merenung si ultraman yang menyandar di meja kaunter itu. Lelaki itu hanya tersengih macam kerang busuk. Tapi barisan giginya yang putih dan teratur menarik perhatian. Tak macam orang gila,bisik hatinya. Kalau gila, tak kan gigi cantik macam tu sekali.
“Ni, kenalkan Imah. Dia pekerja kat sini. Bos cakap, kalau nak ke mana-mana, minta Imah atau Deveena temankan. So, Deveena on duty, kau bawa Imah. Biar dia jadi talking GPS kau,”arah lelaki itu sambil menunjukkan seorang wanita yang mungkin sebaya dengannya. Imah yang berseragam ungu itu tersenyum manis.
Aflah mengeluh kecil. Nak ditolak, memang dia takut sesat. Biarlah, ikut saja. Lagipun Imah nampak baik dan mesra.
“ Boleh juga…tapi tak menyusahkan Imah ke?” soalnya berbahasa.
“Tak, lagipun bos yang minta. Tak kan nak lawan bos, nanti dia merajuk,”jawab Imah berseloroh.
Irfad tersenyum-senyum. Nasib baiklah kau isteri Jazli, kalau tidak dipulasnya telinga si Imah.
“Ni cik Imah…ingat pesan bos tu…”pesan Irfad bersungguh-sungguh.
Imah menjelirkan lidah. Sah, memang buang tebiat. Deveena yang menahan tawa dari tadi menekup mulut.
Aflah sedikit hairan. Apa kena dengan semua pekerja di sini? Pelik betul.

Keretanya menyusur di jalan tanpa gangguan. Lupa dia mahu berterima kasih pada si ultraman kerana membawa balik keretanya. Imah dari tadi galak mengunyah kacang menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu di radio.
“Imah…yang mereng tadi tu siapa? Apa namanya?”soal Aflah sambil memperlahankan radio.
Terbatuk-batuk wanita itu . Pantas tangannya mencapai botol air mineral di tepi kerusi.
“Yang berjambang macam hantu raya tu?” soalnya nakal.
Aflah mendikit senyum. Kepalanya dianggukkan sambil memandang ke depan.
“Ohhh…itu Fuad, tukang kebun. Kenapa, dia apa-apakan cik Aflah ke?” soal Imah kembali. Seonok juga mengorek rahsia,balik nanti boleh dia berkongsi dengan Jazli.
“Dia tu memang tak betul eh?”
Imah ketawa besar sambil menekan perut.
“Cik Aflah ni lawak la…dia normal. Tapi bila angin kus-kus datang, ada la dia mereng sekejap,” kutuk Imah bersungguh-sungguh. Biar padan muka Irfad.
“Maaflah kalau menyusahkan Imah. Satu lagi, panggil Af cukuplah…tak payah bercik-cik. Geli saya mendengarnya.”
Imah kembali ketawa. “Boleh, mana tahu jadi best friend,kan?”
Aflah megangguk sambil tersenyum. Bukan dia tak percaya pada persahabatan, tapi Aleez sahabat baiknya sendiri telah membunuh kepercayaannya,tapi apa salahnya mencari kawan baru. Dia hanya tersenyum.
Bunyi deringan telefon bimbit milik Imah menjerit kuat. Pantas saja dia menjawab. “Ya abang, nak apa?” soalnya penuh manja.
Aflah menjeling perlahan. Dia seakan mahu ketawa Imah yang berbisik di telefon sambil ketawa nakal. Kekasih agaknya,serkap Aflah sendiri.
“Okay, nanti jumpa kat rumah. Muahhh..love you,busyuk,” ucap Imah tanpa segan.
Aflah ketawa kecil. Kelakar juga si Imah ini ya.
“Pakwe ke?” Matanya masih memandang ke jalan raya.
Imah ketawa terkekek-kekek. “Bukanlah…suami kita.” Imah tersenyum penuh makna.
What! You already married?” Hampir sahaja kereta itu sedikit terbabas di selekoh. Biar betul si Imah ni.
Imah mengurut dada. “Kalau ye pun terkejut, janganlah bunuh kita, Cik Aflah oiii…” Dia masih lagi terkejut, tapi tawanya masih bersisa.
“Sorry Imah, Af hilang fokus. Tapi sungguh, berapa umur Imah?” Keretanya kembali ke lorong yang betul. Sebuah Toyota Wish menekan hon panjang. Aflah hanya mencebik bibir.
“Baru dua puluh enam. Jaz, suami Imah dua puluh sembilan. Kenapa?” soal Imah penuh minat. Dipandangnya wajah Aflah yang sedikit terkejut.
Dua puluh enam? Dia sendiri baru dua puluh lima tahun, bertunang dengan Eddy baru masuk tiga bulan. Kalau ikut perancangan, tahun depan mereka kahwin. Aflah mengcengkam stereng.
Eddy.
Lupakan Eddy.
Dia sebak sendiri.
“Cik Af, sorry…Af okay ke?” Imah sedikit gusar melihat Aflah yang kesayuan. Apa kena pula kali ini? Aku salah cakap ke? Imah menggaru kepala.
“Af okay. Bila Imah kahwin?” Mujur air mata beku dibibir mata. Dia menarik nafas panjang.
“Baru masuk dua tahun. Tak ada anak lagi, kami nak berhoneymoon dulu,”jawab Imah sambil tergelak.
Aflah menyambut tawa. Nakal juga si Imah ni. Biarlah, sekurang-kurangnya, hati yang lara ini ada pengisiannya.

Kakinya seakan mahu mengundur keluar tatkala mereka tiba di lobi hotel. Hatinya sebu. Bayangan Eddy dan Aleez yang berasmara di bilik hotel itu membuat hatinya bergetar seribu macam rasa. Dicarinya kad kunci biliknya. Aflah menarik nafas panjang. Cuba mencari kekuatan dalam keresahan.
“Selamat petang. Boleh saya bantu cik?”
Aflah mengangguk. “Saya menginap di bilik Primula Suite. Saya nak check out hari ini.”
Pantas saja bunyi keyboard itu ditekan.
“Cik Aflah Juffri, bilik 111 ?”
“Ya, saya.”
“Cik Aflah nak bayar cash atau kad?”
Debit card,please. By the way, barang-barang saya masih ada di bilik. Boleh saya ambil barang saya dulu?”
“Boleh, silakan. Kalau perlukan apa-apa, just call me.”
Aflah tersenyum sambil berlalu. Tangannya sedikit menggeletar sewaktu menekan punat lift di sebelah pintu masuk.
“Af okay?”soal Imah. Betul dia nampak tangan Aflah sedikit menggeletar. Sakitkah gadis itu?
Aflah mengetap bibir, hatinya berkompang laju. Nafasnya semakin laju. Dia tiba-tiba tersentak. Pegangan lembut Imah pada bahunya mengejutkan Aflah. Dia memandang Imah yang masih lagi kehairanan.
“I’m okay,”tegasnya sambil melangkah masuk. Aflah memejamkan mata. Dia tak mahu Imah nampak kolam air matanya yang hampir pecah. Pantas saja kakinya melangkah keluar dari pintu lift yang sudah terbuka luas, menuju ke bilik penuh luka itu.
“Af, okay tak? Kenapa pucat semacam ni,Af?” Kali ini keras sahaja soalan Imah. Sungguh dia gusar. Gadis itu seakan terlupa dia ada bersama. Cepat-cepat ditariknya tangan Aflah, memperlahan langkah gadis itu yang kelihatan hampir berlari.
Aflah mematikan diri. Ditariknya nafas dalam-dalam. “Maaf, Imah. Tolong temankan Af ya?”rayunya pada Imah yang makin tak mengerti.
Kad yang tertulis ‘Don’t Disturb’ masih tergantung di pemegang pintu. Terketar-ketar dia menyusup kad magnetic kunci pintu bilik itu. Daun pintu itu ditolaknya perlahan. Lampu menerangi ruang apabila Aflah memetik suis. Di sinilah dia sewaktu dia terdengar desah suara Eddy dan Aleez berasmara. Dia melangkah lagi. Bilik itu masih sama, masih belum dikemaskan sesiapa. Travel beg Elle miliknya masih lagi tersadai di tepi meja kopi. Aflah mengetap bibir, perlahan dia memandang katil king size yang tidak berkemas itu. Dia memejamkan mata. Wajah Aleez yang tersenyum mengejek dan raut muka Eddy yang terkejut melihatnya berulang kali ditayang di kotak fikiran.
“Af, apa tu? Siapa yang tulis ni…gila betul.” Imah mengurut dada. Pada cermin bilik hotel, tertampal sehelai seluar dalam lelaki jenama Calvin Klein berwarna merah dan hitam. Di sisinya atau tulisan yang dibuat dengan gincu.

Af dear, I’ve taste him first. You lose!
Aflah membawa tangan ke mulut. Sampai hati kau,Aleez. Kaulah sahabat aku selama ini,sampai hati kau…
Imah memandang Aflah yang sudah terjelepuk di tepi katil. Gadis iti hanya mengongoi perlahan. Bahu Aflah terhenjut-henjut menahan tangis yang kian rancak menyerbu dada. Imah memeluk gadis itu erat. Walaupun dia tidak faham apa yang berlaku, sekurang-kurangnya Aflah perlu ditenangkan. Tanpa segan, Aflah menangis semahunya dibahu Imah.

Mereka berdua membuang pandangan ke laut dari balkoni bilik itu. Sesudah berkemas, Aflah memesan dua fresh orange dan dua set nasi goreng kerabu. Gadis itu hanya membisu. Imah biarkan saja. Dia tahu Aflah sedang berperang dengan perasaan sendiri.
“Yang tulis kat cermin tu, Aleez. Dia sahabat baik Af dari sekolah lagi. Dia juga setiausaha peribadi Af.”
Imah ternganga. Setiausaha peribadi? Bukan calang-calang orang juga budak Aflah ni. Dia diamkan saja. Mengangguk sambil matanya memandang Aflah yang masih lagi sayu.
“Kami datang ke Terengganu atas dasar kerja. Syarikat milik papa nak buat deal bina satu taman perumahan di sini, jadi kami nak cari supplier tempatan yang berkebolehan. Af nak bertemu dengan wakil sebuah syarikat kontraktor dan juga arkitek di sini. Nak entertain guests.” Gadis itu menarik nafas panjang.
“Selama ini, kami ke mana-mana bersama, Imah. Dialah tempat Af mencurah rasa dan berkongsi rahsia. Sekarang…” Aflah menelan liur, cuba menahan sebak yang membuak.
“Kenapa jadi macam ni?”soal Imah sambil memegang lengan Aflah.
“Af baru bertunang beberapa bulan lepas. Namanya Eddy. Kami rancang nak kahwin tak lama lagi.”
“Kenapa dengan Eddy? Apa kena mengena Aleez dalam hal ni?” Imah semakin hairan. Bingung dia.
Underwear yang tertampal pada cermin tu milik Eddy,Imah. Malam tu…kami sepatutnya pergi dinner dengan wakil syarikat kontraktor dan arkitek tu, tapi Aleez tak mahu ikut. Katanya dia migrain.”
“Lepas tu?” Imah menelan liur, seakan dapat mengagak apa yang bakal keluar dari mulut gadis itu.
“Af pergi sorang-sorang, tapi IPhone Af tertinggal…” Airmatanya mengalir. Setitis demi setitis.
“Bila Af buka pintu, Af nampak…” Dia tersedu seketika, matanya rapat terpejam.
Imah menarik nafas panjang. “Af nampak Eddy dan Aleez ‘bergusti’ atas katil?”
Aflah mengangguk perlahan. Sungguh, hatinya hancur pada tika itu. Dua manusia yan paling disayangi, dicintai dan dipercayainya. Mungkin sudah lama Aleez dan Eddy bersama, dia saja yang bodoh tak mengerti kepura-puraan dua manusia itu.
“Habis tu apa Af cakap pada mereka?” soal Imah. Geram dan marah pada dua manusia yang bernama Aleez dan Eddy itu kian bersarang. Kalau lah dia di tempat Aflah, mampus dicincangnya dua manusia jijik itu.
“Af tak buat apa-apa,Imah. Af capai telefon Af…lepas tu Af lari keluar,”terangnya sambil mengesat pipi. Benar, tiada sepatah kata yang mampu dia keluarkan tatkala itu. Malam celaka itulah dia jadi bingung. Bingung dan bodoh sehingga sampai mahu membunuh diri.
“Boleh Imah cakap sikit, harap Af tak marah,” pohon Imah sambil menggenggam tangan Aflah kemas-kemas.
He’s not for you,Af. Sungguh, jangan buat muka sedih macam tu. Dengar, Allah ada perancangan tersendiri itu Af, untuk Eddy dan juga untuk minah sial tak guna tu. Af jangan risau, Imah pasti Af dapat yang paling baik nanti, percayalah. Lagipun buat apa nak berebutkan jantan begitu, buang karan. Af tengok diri Af, Af sangat cantik. Seribu kali lebih cantik daripada dua beruang tak bertamadun tu. Biarlah mereka nak bergusti sampai kiamat pun, yang penting Af cari takdir Af sendiri. Faham?” Bersungguh Imah melontar kata.
Aflah yang mulanya tergamam tiba-tiba ketawa.
“Aik, dah mereng ke engkau,Af?” soal Imah kebimbangan. Mana tahu, wayar waras dalam otak si Aflah ini dah putus.
“Bukanlah…kelakar bila Imah guna ayat bergusti tu. Dah la tu, muka serius semacam aje. Tadi dalam kereta buat lawak bodoh,”balas Aflah dengan tawa yang masih bersisa.
Imah tersengih. Lega melihat gadis itu mampu mengukir senyuman. “Dah lah,Af. Meh la kita balik, makin lama kat sini, makin jiwang karat Af ni,”ajak Imah sambil menarik tangan Aflah.
Aflah bingkas bangun. Dipandangnya bilik yang mengubah segala pandangan hidupnya. Bilik yang menyaksikan semua episod cinta dan persahabatannya hancur berderai. Mungkin benar kata Imah, Allah ada ketentuan tersendiri untuknya.

Aflah bersandar di sofa. Travel bag yang diambilnya tadi tersadai di hujung katil. Direnungnya cincin pertunangan di jari manisnya itu. Perlahan-lahan ditariknya lalu diletakkan di meja kopi. Aflah membuka pakaiannya satu persatu. Disambarnya tuala lalu membaluti tubuhnya. Dikutipnya cincin berlian itu, perlahan diletakkan di lubang tandas. Aflah menutup mata. Tiada maaf bagimu,Ed. Air yang dipam ditandas itu mencurah laju, membawa bersama cincin yang bagi Aflah kini tiada nilainya. Pergilah, jauhlah.

“Mana duyung?”
Imah mengangkat muka lalu tersenyum mengejek.
“Imah oiii…mana duyung?” soal Irfad lagi. Si Imah hanya mencebikkan bibir.
“Aik, melawan nampak. Potong gaji ni karang,”ugut Irfad bersahaja.
Imah menjeling tajam. Nasib baik kau ni bos, kalau tidak dah lama aku kerat lidah yang tak bertulang itu. “Dia ada kat bilik dialah, encik bos. Kenapa,encik bos nak belajar berenang ke?”
Wah,wah,wah…boleh tahan jawapan si Imah kali ini. Irfad menongkat dagu di kauter pertanyaan itu.
“Kenapa marah sangat cik Imah oi, tetiba dah jadi best friend ke? Kalau ya, elok lah tu. Sorang puteri duyung, seorang lagi puteri dugong.” Terbahak-bahak irfad ketawa.
Kurang asam betul. Imah menggeleng-geleng kepala. Sah, betul kata si Aflah. Memang Irfad ni dah mereng, sewel. “Bos jangan ganggu dia. Dia tak sihat.” Tegas saja nada suara Imah memberi amaran.
Irfad mengerutkan kening. Amboi…siap bagi amaran pada aku lagi tu. Tak boleh biar ni.
“Sakit apa si duyung tu Imah, sakit jiwa? Minum air laut banyak sangat tu. Tengok aku, hari-hari minum kopi, barulah maintain waras.”
Imah tergelak. Yalah tu waras. Rambut makin panjang ke bahu, janggut dan jambang meliar dipipi dan dagu. Entah apa lah yang dilihat oleh perempuan-perempuan teman katil Irfad. Mungkin poketnya yang penuh duit, itu penyebabnya.
“Bila bos nak potong rambut. Sekali tengok macam orang gila sesat,seram la’” ujar Imah. Memang, kalaulah si Irfad itu merayau-rayau ke bandar, tak pasal-pasal ditangkap dan disumbat masuk wad orang gila.
“La…ketinggalan zaman betul engkau ni,Imah. Kau tengok tak Johnny Depp dalam Pirates of the Carribean tu, ini fesyen terbarulah. Cool apa,”tukas Irfad sambil mengorek hidung.
Imah ketawa sambil menjuihkan bibir. Irfad,Irfad. Teruk benar penangan putus cinta dengan Nadya.
“Hai Af, dah ok?”
Irfad memusingkan badan. Aflah yang tercegat di belakangnya itu hanya tersenyum manis pada Imah.
“Bos ada,Imah?” soal Aflah sambil matanya melirik pada Irfad yang galak bersiul-siul di tiang hadapan kaunter.
“Ad…eh,tak ada. Bos pergi Bali,cari set katil baru untuk Villa Tamu Kuala. Kenapa?”
Irfad mencelangkan mata pada Imah. Nasib baik Imah pandai kelentong.
“Af ingat Af nak kerja kat sini dulu sementara, boleh ke?”
Imah bertepuk tangan keriangan. “Boleh sangat…sangat-sangat boleh kan, bo…Fuad kan?” Fuh, hampir lagi dia tersasul. Irfad dari tadi merenungnya seakan memberi amaran.
“Pandai je Imah ni. Kalau ya pun cubalah tanya bos Imah dulu. Tak pun bagi nombor dia, biar Af telefon sendiri.”
“Eh…tak apa, tak apa. Imah telefon dia sekarang juga. Af duduklah dulu,”pintanya sambil tangannya pantas mendail.
Aflah tersenyum. Dilabuhkan punggung di kerusi rotan berhampiran dengan kaunter itu. Hatinya berkompang laju, dia tahu Fuad si tukang kebun itu sedang galak memandangnya dari atas dan bawah.
Irfad hanya membatukan diri. Entah siapalah si Imah itu telefon. Matanya tak lepas memandang Aflah yang tak keruan di kerusi. Cantik hari ini. Dengan dress maxi motif bunga tulip dan rambutnya yang mengurai dibiarkan lepas ditiup angina, jiwa lelakinya seakan terpesona. Irfad menelan liur. Menyumpah dirinya yang tiba-tiba lemah. Dia tahu, Aflah bukan calang-calang orang. Baru saja dia ‘mengGooglekan’ Aflah di internet semalam. Pelbagai cerita dan imej yang terpapar. Si duyungnya anak kepada ahli perniagaan yang terkenal dalam bidang hartanah dan perumahan, Juffri Muda. Ibunya, Engku Julia pula keturunan kerabat di raja negeri sebelah selatan. Banyak gambar mereka terpapar di majalah dan blog-blog untuk si elit dan kaya ternama. Sah, duyung itu anak manja. Irfad sedikit hairan kenapa pula duyungnya mahu berkerja di sini? Sudah hilang akal agaknya.
“Hoi…kau kenapa tiba-tiba nak kerja kat sini. Kau tak nak jauh dari aku ek?” soal Irfad sedikit mengejek.
Aflah tersentak. Eh,perasan pulak si ultraman zaman batu ni. Dia mendiamkan diri, membelek entah apa majalah di hadapannya.
“Aku tanya kenapa kau nak kerja kat sini? Kau pekak ke?” Kali ini Irfad datang mencangak di hadapan Aflah yang sedikit terkejut.
“Encik ultraman, kenapa dan mengapa, itu tak penting. Kenapa sibuk-sibuk?” soal Aflah kembali.
Hak eleh. Irfad menjilat bibir. “Kau ni, nasib baik aku pancing malam tu. Kalau tahu tak beradab macam ni, dah lama aku buat kau jadi umpan ikan jerung tahu,”marahnya keras.
“Encik ultraman. Semalam saya dah ucapkan terima kasih, saya dah tanya berapa yang encik nak, tapi encik yang tak mahu. Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Tepilah,”marah Aflah. Geram juga dia pada lelaki itu.
Irfad mengekek-ngekek ketawa. “Cik duyung yang dungu, semalam saya dah cakap dari awak apa yang saya nak, awak tak bagi pun.”
Aflah mengerut kening, matanya merenung mata si ultraman. Dia tenggelam dalam renungan mata lelaki itu. Jika dilihatnya betul-betul, mata si ultraman sungguh mempesonakan. Kacak juga, tapi serabai nak mampus.
“Hoi,hello…ada orang di rumah?” Sergahan Irfad mengejutkannya. Dia tersipu-sipu seketika.
“Awak nak apa? Awak tak cakap pun semalam,”tukas Aflah. Bila pulak mamat ni minta apa-apa dari dia.
“Cik Aflah, cik Aflah dah lupa ke? Saya cakap saya nak awak. Kesian ya, muda-muda lagi dah nyanyuk.”
Aflah menarik nafas. Eee…biar betul. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia lepuk lelaki itu dengan sepatu wedges Coach yang baru dibawa keluar dari begnya tadi. Dia menarik nafas, cuba menenangkan diri.
“Gila.”
“Apa awak cakap?”
“Saya cakap awak gila. Ke awak yang dah pekak?” Geram sungguh Aflah.
Irfad ketawa terbahak-bahak. Ada berani juga perempuan ini, ingatkan penakut macam tikus. Tiba-tiba kepalanya terasa sengal. Imah yang tercegat di sebelahnya mencelang macam singa betina kelaparan.
“Amboi…duduk diam-diam tak bolehkah? Tu,banyak rumput tak dipotong. Pergilah buat kerja,”arahnya serius. Ditangannya ada segulung majalah yang agak tebal.
Irfad menggosok kepala. Celaka punya Imah, siap kau nanti. Bulan ini gaji Imah akan diberinya pada Jazli, biar merana perempuan talam dua muka itu.
Aflah yang tadi terkejut ketawa kecil. Padan muka. Nasib baik ada Imah, kalau tidak ada si ultraman yang makan kasut.
“Af, bos cakap okay. Esok Af boleh start kerja. Nanti ikut Deveena ambil seragam ya. Tapi sorry lah, Af kena kerja macam kami, serba boleh. Kena duduk kaunter, kemas bilik dan macam-macam lagi. Bolehkan?” Bersungguh-sungguh Imah bertanya. Seronok juga kalau ada Aflah. Tak lah hari-hari dia mengadap Deveena,Rina, Ainun dan yang lain.
“Tak apa, bukan Af minta jawatan manager. Af pergi kat dapur kejap ya,nak jumpa mak cik Melah. Nanti Af ikut Imah ambil seragam.”
Imah bersorak gembira. Bagus benar kali ini.
Aflah perlahan berlalu, menuju ke dapur inap desa itu yang terletak berhampiran kolam mandi.
“Amboi,amboi cik Imah, bos mana yang kau telefon tadi? Pandai pula kau kelentong ya,”soal Irfad yang dari tadi gatal mulutnya mahu bertanya.
Imah tersengih-sengih. “Saya telefon bos besar sayalah, bos.”
Irfad termenung seketika. “Siapa cik Imah oiii…aku la bos besar engkau kat sini,”katanya kehairanan.
“Jazli la, my dear hubby. Apa pulak bos nya,”balasnya sambil ketawa.
Irfad menggelengkan kepala. Elok benarlah dua laki bini ini. Sama-sama sewel. Dia hanya tersenyum sendiri.
“Er…bos. Sori ye Imah suruh bos potong rumput tadi. Bukan apa bos, kalau nak berlakon, biar betul-betul.”
Irfad tergelak. “Pandailah kau Imah. Jangan lupa, bagi tahu yang lain. Jangan sesiapa cakap apa-apa pun kecuali aku sendiri yang bagi tau, faham?”
Imah mengangguk sambil membelek-belek kuku. Irfad memang begitu, bahagian gertak ake lebih. Hati jiwang karat.
“Satu lagi, kau tugaskan budak Aflah tu kat kitchen. Aku nak Mak Yam dan Mak Melah dera dia cukup-cukup. Oii…cik Imah, dengar ke tidak ?” irfad menyoal sedikit kuat.
“Ya tuan besar,baik tuan besar. Saya pergi dulu tuan besar.” Cepat-cepat dia melarikan diri. Sebelum si Irfad naik angin, baik dia cabut lari.
Irfad mengangkat penumbuk, saja mengacah Imah yang memang kaki lawak di situ. Dia memejamkan mata,menghayati desiran angin yang bertiup di wajahnya. Malam ini dia akan ‘makan’ seorang lagi gadis miang di bandar. Ika yang genit dan seksi itu ditemuinya sewaktu bermain snooker di Plaza Perdana minggu lepas. Baru tadi gadis itu merengek minta berjumpa. Irfad tersenyum. Berjumpa konon. Dia tahu apa yang perempuan sebegitu mahu, dia akan berikan segalanya. Badan, duit, tenaganya. Tapi takkan sesekali dia memberikan jiwa dan cintanya kepada manusia yang bernama perempuan. Nadya lah penyebabnya. Dia menutup mata rapat-rapat, namun jantungnya bagai direntap. Kenapa wajah si duyung yang tiba-tiba menjelma? Irfad membuka mata seluas-luasnya. Sah, dia sudah gila.

Aflah membelek seragam ungu yang diberi Imah petang tadi, cantik juga, detik hatinya sendiri. Seragam potongan kebaya pendek itu muat-muat dengannya. Cuma kainnya yang bormotifkan batik bunga mawar ungu dan merah samar itu sedikit labuh ke kaki. Tak apa, esok dia tanyakan pada Imah di mana ada mesin jahit. Lagipun, kalau baju ini dipadankan dengan selendang merah samar di bahu mungkin sedikit cantik. Aflah tersenyum sendiri. Baru esok nak mula kerja baru, dia galak berangan-angan. IPhonenya yang tiba-tiba menjerit mematikan senyuman.
Mama.
“Hello, mama…?”
“Aflah, where are you now? Eddy dan macam nak gila cari Af. I need you to get back home now. Tonight!”
Aflah mengeluh. Eddy mencarinya? Buat apa. Oh mama…fahamilah jiwa seorang perempuan ini.
“Aflah Juffri! Are you listening or not?”sergah Engku Julia di hujumg talian.
I’m not gonna come home until I’ll ready,ma. Please understand,”rayunya. Malas dia nak bertengkar. Dia sudah letih.
“Kalau Af tak boleh balik, just tell me where are you. Nanti Eddy ambik Af,faham?!”
Aflah terduduk di sofa. Mama memang takkan mengalah, jadi biarlah dia mengalah. Dimatikan telefon itu. Biar mamanya menjerit sendirian di hujung talian. Yang penting, papa tahu di mana dia. Papa memahaminya, Cuma pinta papa, jangan terlalu lama bersembunyi. Ambil masa tenangkan hati, tapi dia masih perlu berdepan dengan Eddy,berdepan dan selesaikan secepat mungkin. Aflah mengeluh lemah. Sabarlah,papa. Biar dia di sini dulu. Mungkin ada pedoman tersendiri untuknya.











BAB 3

Irfad mengeluh puas. Ika sudah lama terkulai di katil itu. Gadis itu kalau tadi malu-malu, tiba-tiba bertukar rentak. Dia tahu gadis seperti itu sudah ada pengalaman. Bukan gadis, betina. Asap rokok dihembusnya ke atas. Malam itu, sengaja Ika memakai mini dress yang menampakkan pangkal dadanya yang montok dan pahanya yang mulus. Gadis yang masih menuntut di kolej itu bagaikan hariamau betina kegersangan, menerkamnya bila tiba di bilik. Irfad ketawa sendiri. Memang perempuan semua sama, gila duit, gila asmara.
Honey, you tak nak tidur ke?”rengek Ika manja sambil menyelak comforter kuning air. Batang tubuh gadis itu yang munggil dan tanpa seurat benang itu ditenungnya Irfad tajam. Memang betina sial. Tapi biarlah,bukan dia yang rugi pun.
“Kenapa sayang? I nak balik. Esok I nak kerja,”jawabnya sambil membutangkan jeans Levisnya.
Ika mencebik bibir, menggeliatkan tubuh bagai kucing miang. Dia lantas bangun, segera memeluk Irfad dari belakang.
“Ala honey,jangan tinggalkan baby. Kesian baby sejuk.” Lirih saja suara itu menggoda. Irfad tersenyum sinis. Dicapainya satu lagi kondom yang tersedia. Memang dia tahu apa betina mahu.
“Okay, tapi I tak nak bermalam kat sini. Baby tidur ya. I dah bayar semua.”
Gadis genit itu hanya ketawa.

Perlahan dia menutup daun pintu. Jam di ruang tamu menunjukkan hampir pukul empat pagi. Irfad mengeluh. Janganlah ummi atau walidnya terjaga. Memang selama ini, jarang dia pulang terlampu lewat. Paling lewat pun, jam dua setengah pagi. Kali ini dia terlajak, seronok melayan Ika yang pandai beraksi. Gadis itu sudah lena tidur tatkala ditinggalkan sebentar tadi. Duit sejumlah lima ratus diletaknya di bawah handphone Ika. Biarlah. Dia tidak berkira. Pintalah apa saja, dia berikan. Jangan dimohon cinta dan kasih darinya, sudah lama perasaan itu berkubur. Dipandang ruang tamu yang sedikit malap dengan cahaya lampu yang terhad. Sepi. Sesepi hatinya. Irfad bingkas bangun. Panas pula malam ini, mungkin panas dengan dosa yang baru dibuatnya sendiri. Daun pintu banglo dua tingkat itu dibukanya kembali. Baik dia mengambil angin diluar. Kalau dia menyambung tidur, mungkin subuhnya entah ke mana.
Aflah berteleku di luar beranda chalet. Entah kenapa malam ini dia tidak dapat melelapkan mata. Bunyi ombak yang menghempas ke pantai cukup mengasyikkan. Mungkin betul keputusan yang dibuatnya hari ini. Mungkin dia perlukan sesuatu yang baru untuk mula kembali bersemangat dalam hidup. Bulan entah ke mana malam itu, mungkin bersembunyi di balik dedaun kelapa,detik hatinya. Aflah tersenyum  sendiri, mengetawakan diri yang tiba-tiba puitis macam sasterawan negara.
“Gila eh?”
Hampir terjatuh Aflah dari kerusi rotan itu. Dibawanya tangan ke dadanya yang berdegup kencang.
Irfad ketawa terkekeh-kekeh. Entah macam mana dia mengambil angin sehingga sampai ke sini. Mulanya dia berniat mahu mandi di kolam mandi di hadapan sana, tapi sewaktu berlalu di tepi pantai, dia perasan si duyung sedang ralit tersenyum sendiri diluar chalet itu sendirian.
“Awak buat kat sini?” soal Aflah gementar. Biar betul si ultraman ni. Setahu dia, hanya Pak Manaf jaga sahaja yang ada di inap desa pada waktu malam sebegini. Yang lain pulang ke rumah masing-masing. Tak kan si ultraman ni jaga juga, jaga merangkap tukang kebun kot?soal hatinya.
“Aku tengah praktis nak jadi orang minyak. Engkau pulak kenapa? Bertapa nak jadi duyung balik?” Irfad duduk melangut di tepi beranda.
Aflah ketawa sambil menurtup mulut. Kesian. Muda-muda dah mereng. Ada ke nak jadi orang minyak. Gila betul.
“Apa ketawa-ketawa? Baik kau masuk cepat. Kau tahu tak apa yang orang minyak buat pada perempuan pada waktu malam?” soal Irfad nakal.
Aflah terlopong. Cepat-cepat dia bangun dan menutup pintu. Jantungnya berdegup pantas. Ya Allah, lindungilah diri ini. Dia bersandar dengan lutut yang masih sedikit menggeletar. Suara si ultraman ketawa terbahak-bahak di luar membuatkan darahnya tiba-tiba mendidih. Kurang ajar betul.
Irfad ketawa sampai terduduk-duduk. Tau takut, petang tadi garang sangat. Bukan apa, duyungnya itu hanya memakai pyjama separas lutut. Udara sebelah pagi tak baik untuk tubuh,nanti demam pula gadis itu. Satu lagi, hatinya tiba-tiba bergelora tatkala memandang Aflah yang ayu. Irfad tersenyum sendiri. Baik pula dia kali ini, kalau selama ini, tentu sudah lama dia rebahkan jadi teman sekatil.
“Irfad,Irfad…kau memang bodoh,”marahnya pada diri. Dia berlalu, mahu menenggelamkan diri sebentar di kolam mandi. Dijelingnya pintu chalet yang terkatup rapat. Selamat tidur,duyung.

“Kamu ke mana Irfad?” Haji Muzir yang membatu di sofa itu bersuara.
“Walid ke, Ir ingatkan orang minyak tadi. Kenapa walid bangun awal sangat ni?”soal Irfad selamba. Dilayangkan tubuhnya ke sofa sebelah walidnya. Mata dipejam.
Bertuah punya budak,kita tanya dia, dia pula tanya kita.
“Boleh walid cakap sikit?’
Irfad mengeluh, seakan tahu topik yang bakal diperkatakan.
“Ir anak yang baik, dari kecil hinggalah sekarang. Solat tak tinggal, baik dan hormat orang tua. Tapi sekarang…”
“Tapi sekarang Ir tak baik, dah jadi jahat. Itu ke maksud walid,”potongnya.
Haji Muzir meraup muka. Sungguh, dia tahu deritanya Irfad bila ditinggalkan Nadya. Gadis itu dipujanya, ditatang dan disebut selalu. Dia sendiri tidak menyangka, tatkala mereka bersiap-siap untuk masuk meminang, Nadya ghaib. Tahu-tahu selepas itu, sudah jadi isteri orang. Irfad macam orang gila. Hampir sebulan anak itu tidak makan dan minum,kalau dipaksa denga airmata umminya atau pujukan adiknya Aisha, barulah dia menjamah semua itu. Mulanya dia ingat Irfad akan sasau,namun selepas enam bulan, irfad mula kembali pulih. Pulih namun berbeza sedikit.
“Bukan begitu,Ir. Walid dan ummi nak tahu dari mulut Ir sendiri, walid tak mahu dengar dari mulut orang sendiri.” Tegas saja suara Haji Muzir.
“Tahu apa? Tahu yang Ir sekarang kaki betina, angkut betina sial sana sini, rosakkan anak dara orang…tolonglah walid, perempuan tu semua, langsung tak ada dara. Ir ni entah yang  ke berapa pun Ir tak tahu,”bentak Irfad. Benar, semua perempuan yang diangkutnya, ditidurinya, barang ‘second hand’. Lagipun dia bukan bodoh, dia tahu jaga dirinya. Kalau semua perempaun itu mengandung pun, sah bukan anaknya, dia pakai perlindungan, pakai kondom.
Haji Muzir mengucap panjang. Jadi benarlah cakap-cakap orang selama ini. Dipegangnya bahu Irfad lembut.
“Ir tahu semua tu berdosa kan?”
Irfad ketawa. “Ir tahu walid, tapi itu dosa Ir. Ir tak tinggal solat, Ir tak derhaka pada walid atau ummi kan?”soal Irfad sambil menepuk-nepuk tangan walidnya.
Haji Muzir menggelengkan kepala. Lain benar Irfad kini. Dia melepaskan nafas. Irfad tiba-tiba bangun.
“Dah azan subuh, Ir naik mandi. Nanti kita solat sama-sama ya.” Pantas saja dia melangkah memanjat tangga.
Haji Muzir mengeluh panjang.
“Walid?”
“Ya.”
“Ir minta ampun. Ir tahu Ir salah. Berilah Ir masa,walid. Ir akan cuba berubah.”
Haji Muzir mengangguk, dipandangnya Irfad yang tercegat di anak tangga.
“Jangan terlalu lama Ir, kita tak tahu sampai bila kita hidup,”pesannya penuh makna.
Irfad tersenyum. Dia memanjat anak tangga. Maafkan, Ir.

“Mana walid,ummi?” Kopi panas itu dihirup perlahan-lahan. Bau karipap yang baru digoreng menusuk ke hidung. Hari-hari karipap, mentang-mentanglah walidnya hantu karipap, itu saja sarapan pagi mereka. Nasib baik dia tak muak.
“Hai,dah pukul sebelas Encik Irfad oiii…dia masuk ofis la. Kamu tu, bila nak masuk ofis. Takkan nak biar walid dengan Pak Cik Najib kamu aje yang handle projek yang bertimbun tu,”marah Hajah Wook.
Irfad tersenyum pahit. Sudah lama dia tak menjenguk ke syarikat milik keluarganya. Semenjak inap desa ini dibuka, dia serahkan segala kerjanya kepada walid dan Saifudin, teman baiknya di situ.
“Kalau Ir masuk ofis, sini siapa nak jaga,mi. Tak kan ummi kot,”balasnya sambil mengunyah karipap yang panas-panas itu.
“Amboi, pejabat kamu tu bukannya jauh Irfad oiii…kamu tu kalau memandu macam pelesit. Sah-sah lima belas minit dah sampai.”
Irfad ketawa besar. Betul, tapi dia yang malas sebenarnya. Malas nak memandu, malas nak melintas di hadapan banglo milik keluarga Nadya jika mahu ke pejabatnya.
“Kamu nak ke mana tu?” Terkejut Hajah Wook bila melihat anak itu tiba-tiba bangun.
“Masuk ofis la,mi. tak kan pergi kebun pula hensem cam gini,”balasnya nakal.
Ishhh,budak ini. “
“Ofis mana?” soal Hajah Wook lagi.
“Ofis jamban,”balas Irfad sambil ketawa.
Memang anak dengan ayah sama saja, selalu main-main. Hajah Wook duduk di kerusi. Malas dia nak melayan, lebih baik dia melayan baca kitab.

“Selamat pagi. Hari ini kita akan dapat rakan sekerja yang baru,Miss Aflah,”gurau  Imah pada yang lain. Bunyi tepukan dan siulan nakal mula bergema di lobi kaunter inap desa itu.
Aflah tersipu-sipu. Hatinya berkompang laju. Dipandangnya wajah-wajah yang berdiri dihadapannya.
“Okay,Af. Imah mulakan dari dapur dulu. Kita ada tiga orang tukang masak,Mak Yam, Mak Melah dan Pak Mail.” Terang Imah sambil menunjukkan yang mana satu tuan punya badan.
Aflah mengangguk sambil memberi senyuman manis.
“Untuk front counter,Deveena, Rina dan saya sendiri. Bahagian housekeeping kami juga tapi dibantu Ainun ,Jazli, Amar dan Hazim. Kita ada dua orang tukang kebun merangkap jaga iaitu Fuad dan Pak Manaf. Yang paling penting dalam operasi kita ini, tak lain tak bukan Pak  Rashid dan Uncle Deevan, selaku drebar kehormat.” Penerangan Imah itu disambut gelak-tawa dari para pekerja di situ.
“Bos mana,Imah?”bisik Aflah. Dia masih tertanya-tanya siapakah Irfad atau bos yang selalu disebut-sebut semua.
“Bos tak balik lagi dari Bali. Sekarang ni akulah bos,”balas Imah sambil tertawa.
“Untuk pengetahuan Aflah dan kakitangan yang tahu tapi sengaja buat tak tahu, Inap Desa Ulik Mayang ini terdiri daripada dua villa empat bilik yang menyediakan private plunge pool, manakala lima lagi adalah rumah singgah dua bilik. Kita buat stail homestay,maksudnya, kita menyediakan perkhidmatan sewaan villa dan chalet sahaja. Untuk makan minum, mereka boleh memasak sendiri kerana setiap villa dan chalet ada disediakan dapur. Tapi kalau mereka nak makan atau order dari kita, mereka kena makan di lounge kat sini. Menu pula telah ditetapkan.”
Aflah mengangguk kecil. Ooo…begitu rupanya. “Housekeeping macam mana?” soalnya ingin tahu.
“Okay, housekeeping hanya dibuat sebelum pelanggan kita check-in dan selepas mereka check out. Kita tak buat macam hotel biasa sebab kita lebih banyak terapkan konsep homestay. Senang cakap, buat macam rumah sendiri. Jadi, selama mereka duduk, mereka kena kemas sendiri. Mudah kan,”terang Imah lagi.
“Tapi, kalau ada permintaan, kita tak tolak. Hati guest kena jaga,kan.”Tambah Imah lagi.
Aflah menunjukkan tanda bagus. Okaylah kalau macam tu, tak banyak sangat kerjanya. Bijak juga buat inap desa macam ni.
“Sebab tu pekerja kita tak ramai,Af.”
Aflah tersenyum. Fahamlah dia. Patutlah semua orang buat semua kerja. Mungkin idea sebegini boleh dicadangkan pada papa. Mana tahu papa berminat nak buka rangkaian inap desa pula.
“Okay, dah pukul sembilan. Semua orang boleh ambil posisi masing-masing. Af, minggu ni Af kena standby di kitchen. Arahan bos,”ujar Imah sambil menunjukkan muka simpati.
Aflah ketawa besar. “Tak apalah, Imah. I am ready to show my talent tau kat dapur,”balas Aflah bersemangat. Dia sendiri pun sangsi, benarkah? Pandaikah dia memasak? Kalau setakat buat roti bakar dengan omelete, tahulah dia.
“Okay, jom. Nanti Imah nak order nasi goreng USA,”gertak Imah.
Mereka sama-sama ketawa sambil jalan beriringan.

Sudah dua jam dia membuntuti Mak Yam dan Mak Melah, kepala Aflah hampir berpusing. Walaupun dapur itu tidaklah sebesar dapur mana-mana hotel lima bintang, tapi dia rasa cukup tercabar. Baru saja dia selesai menyiang ikan merah dan siakap, kali ini dia dihadap pula sebakul bawang merah dan bawah putih.
“Nak buat apa banyak-banyak ni,Mak Melah?”
Mak Melah yang ralit mengasah pisau itu terhenti seketika. “Malam ni keluarga dari Singapura tu nak buat barbeque. Kita sediakan bahan, mereka bakar sendiri.”
Aflah menguntum senyum. Kalau dulu, dia yang disembahkan makanan, kini dia yang menyediakan.
“Ikan apa paling sedap kalau nak dibakar ya,Mak Melah?”soalnya lagi.
“Ooo…semua sedap. Tapi makcik suka ikan tuka, kalau orang KL panggil ikan pari. Manis isinya,lebih-lebih lagi yang segar.”
“Kalau Mak Yam, tak main lah ikan-ikan ni,mak yam suka udang. Senang tak ada tulang, isi pun manis juga,”sampuk Mak Yam yang sibuk menghiris halia.
Mereka sama-sama ketawa.
“Af suka apa?” tanya Mak Yam.
“Af suka semua, tapi paling suka udang kara. Udang lobster yang besar tu,”balasnya sambil membuat gaya.
Terangguk-angguk kedua orang tua itu.
“Ish…kalau yang itu memang sedap, tapi mahal lah,kan Melah kan,”balas Mak Yam. Mak Melah tersenyum lebar.
“Nak murah boleh, kamu ikut orang ke laut. Dapat free aje,”usik Mak Melah.
Aflah ketawa kecil. Boleh tahan juga lawak mak cik berdua ni,kalau tengok muka macam serius gila. Bila dah kenal macam kawan-kawan lama.
Bunyi suara berdehem dengan kuat dari pintu masuk dapur itu mengejutkan mereka.
Aduh, encik ultraman. Buat apa pula si mereng tu ke sini? Aflah buat tak mengerti. Dia pantas mengupas bawang merah dihadapannya. Matanya yang pedih dari tadi dikesatnya berkali-kali. Derap kaki yang menuju ke arahnya tidak dihiraukan.
“Mak Yam, bak sini jag air tu,”arah Irfad.
Mak Yam mengangkat kening. “Kamu nak buat apa?” soalnya sambil menghulurkan jag air plastic kepada Irfad.
“Eh Mak Yam ni, duyung menangis ni…saya nak tadah lah air mata dia ni, nak buat ubat pengasih,”balas Irfad sambil tersenyum-senyum.
Tergelak besar dua orang tua itu.
Kurang asam boi betul si ultraman,marah Aflah dalam hati. Dia mengetap bibir. Aku pegang pisau n… nanti ada yang masuk hospital tak pasal-pasal,getus hatinya lagi.
Selamba saja si Irfad menadah jug air itu di bawah dagu Aflah.
“Jangan kacau orang boleh tak?” dengus Aflah. Geram benar dia dengan mamat tiga suku ini.
“Saya tak kacau orang, saya kacau duyung. Mak Melah, duyung tu orang ke ikan?”
Mak Melah menahan tawa yang ingin pecah. Buang tebiat betul budak irfad ni. Nasib dia bos di sini, kalau tidak lama dah dihambatnya dengan senduk kayu.
“Kalau tak silap saya, duyung ni spesies ikan. Apa kata kata siang aje duyung kita ni, kita bagi pada orang Singapura tu ikan special untuk dibakar. Kan Mak Yam kan,”cadang Irfad bersungguh-sungguh.
Aflah mengetap bibir. Diangkatnya muka lantas melawan renungan nakal Irfad.
“Encik ultraman, raksasa Godzilla sedang menyerang kat pantai. Apa kata kalau encik ultraman pergi fire Godzilla tu sebelum inap desa ni musnah,”cadang Aflah sambil tersenyum manis.
Irfad menongkat dagu sambil mengenyitkan mata. Melawan ya. Depan orang kau melawan, semalam kau cabut lari.
“Hari saya tak nak jadi ultraman, saya nak jadi orang minyak,cik duyung.”
Aflah menahan tawa. Ada sinar galak di mata lelaki itu. Aflah mengalihkan pandangan. Kenapa hai hati? Apa yang tak kena? Keruan hatinya menyesakkan dada. Dia bingkas bangun.
“Nak pergi mana tu?”
“Nak pergi tandas, nak ikut ke?” balas Aflah geram.
“Boleh sangat,saya suka temankan perempuan ke tandas. Betul saya boleh ikut ni?” tanya Irfad dengan nada mengugut.
Aflah mencebikkan bibir. Eee…nasib baik ada Mak Yam dan Mak Melah, kalau tidak entah apa yang jadi dia pun tak tahu. Cepat saja dia melangkah ke tandas dihujung ruang dapur.
Irfad ketawa sambil bersandar pada dinding.

“Dia dah pergi ke,Mak Yam?”soal Aflah perlahan sambil menutup pintu tandas.
“Dah,Aflah. Kenapa, Af takut dengan dia ke?”soal Mak Yam. Mak Melah yang enak mengunyah jemput-jemput pisang tumpang mendengar.
“Bukan takut la,Mak Yam. Menyampah. Dia tu memang tak betul ek?” Saja Aflah bertanya, mana tahu si ultraman tu ada masalah kejiwaan.
Terkekek-kekek dua orang tua itu ketawa. Geli hati mendengar soalan Aflah yang penuh makna.
“Tak adalah,Aflah. Dia memang macam tu, ramah mesra.”
Aflah mencebikkan bibir. “Ramah mesra apa macam tu, seram sejuk Af dibuatnya.”
Mak Yam semakin kuat ketawa. Hai, Irfad, bertemu buku dengan ruas gamaknya kali ini. Bukan apa, selama ini Irfad jarang mengusik mana-mana perempuan begitu sekali. Kalau setakat pekerja di sini ataupun tetamu yang bermalam di inap desa ini, lain layanannya. Hormat dan ada had gurauannya. Kali ini dengan Aflah, lain benar. Dia orang tua, dia tahu maksud renungan tajam Irfad. Semua orang tahu betapa terlukanya Irfad sewaktu ditinggalkan Nadya. Dia sendiri kasihan melihat anak muda itu termenung sendirian di gigi pantai. Tak sangka, gadis sebaik Nadya melayan Irfad sebegitu rupa.
“Dah, tak usah cakap pasal dia lagi. Mak Yam nak buat jemput-jemput pisang lagi untuk minum petang nanti. Kalau bancuh awal,kita biarkan sekejap lagi bagus. Nanti bila goreng, dia jadi lebih gebu tau. Kalau kamu nak belajar, mari tolong lecekkan pisang.”
“Baik puan. Saya buat sekarang juga.”

Haji Muzir bersandar pada kerusi makan. Dia sendawa beberapa kali. Sedap sungguh singgang daging air tangan isterinya. Kena pula dengan terung goreng belacan, pari bakar dan air asam. Tak sedar dia menambah nasi dua tiga kali.
“Mana Irfad,anje?”panggilnya pada Hajah Wook.
“Entah, lepas makan tadi, dia cakap nak ke bengkel kereta dengan Rashid. Katanya aircond Alphard rosak. Dengarnya keluarga dari Singapura tu naik jalan-jalan ke Pasar Payang esok,”terang Hajah Wook sambil mengemaskan meja. Diam saja Irfad sewaktu di meja makan tadi.
“Kenapa,bang?”
“Tak, saya nak serahkan cek dia. Saifudin yang kirimkan cek untuk bayaran projek banglo dan rumah rehat tauke Leong. Irfad yang buat semua tu, dari seni reka hinggalah lanskap. Ni bayaran untuk dial ah ni.”
“Banyak mana,bang?” Saja dia bertanya, manalah tahu boleh dipaunya Irfad minta belikan set Vantage yang baru.
“Adalah, lepaslah kalau si Irfad tu nak sebiji kereta lagi.” Haji Muzir menjeling isterinya yang tersenyum lebar.
“Hah, anak dara awak bila nak balik? Seronok benar bercuti ke Bali.”
“Dua tiga hari lagi baliklah dia. Katanya dia nak singgah rumah mak dulu kat kampung bila sampai nanti.”
Haji Muzir mengeluh. Mentanglah kerja dengan ayah sendiri, lama pula anak gadisnya itu bercuti.
“Kalau dia balik pun, tak kan dia balik ke sini. Dia dah ada rumah, dia balik rumah dialah cik abang oiii…”kata Hajah Wook lagi.
Haji Muzir terdiam seketika. Dia hanya tersenyum. Kalau dulu, anak dara yang tinggal dengan ibu bapa, anak teruna yang hidup sendiri. Kali ini terbalik, Irfad yang lelaki tinggal di rumah, Aisha pula yang mahu tinggal di rumah sendiri.
“Dah, saya nak ke inap desa kejap. Nanti saya terlupa pula nak bagi cek ni pada Irfad. Malas saya nak tolong simpan.” Haji Muzir bangun sambil menekan tapak tangan pada tongkat. Kaki kanannya sudah semakin pulih akibat gout hari itu. Malas benar dia nak berpantang makan.
“Kalau awak tak nak simpan, bagi saya. Nanti saya tolong bagi pada dia,”pinta Hajah Wook. Manalah tahu dapat satu set Vantage lagi. Kalau nak harapkan suaminya, baik tak payah. Kedekut, tangkai jering. Kalau beli baju pakai atau barang dapur,bolehlah. Kalau pinggan mangkuk, nasib ada Irfad dan Aisha yang sudi melayan permintaannya.
“Tak payah anje…awak punya cermin mata pun kadang-kadang lupa kat mana letak, inikan pula sekeping kertas macam gini. Cari nahas dibuatnya.”
Alah,menyampah. Hajah Wook menongkat dagu. Tak apa, pandailah dia memujuk Irfad nanti.

“Pak cik nak ke mana, boleh saya tolong?” Lembut sungguh suara yang menyapa dari belakangnya. Langkah haji Muzir terhenti. Seorang gadis berkebaya ingu, seragam kakitangan IDUM tersenyum manis padanya.
Siapa pula ni,tanya hati Haji Muzir. Semua pekerja di situ dia kenal, atau pekerja baru,dia tersengih macam kerang busuk.
“Tak ke mana,dari belakang nak ke depan, jalan-jalan cari makan. Anak ni siapa?”
Aflah tergelak. Huih…boleh tahan lawak pak cik ni. “Saya Aflah, baru je kerja kat sini,pak cik.”
Haaa…inilah Aflah rupanya. Cantik betul budak ni. Patut pun selalu saja dia dengar Irfad asyik merepek pasal Aflah, begini rupanya tuan punya nama. Hai Irfad, jangan jadi korban kau sudahlah.
“Aflah ya, pak cik Haji Muzir. Ayah Irfad.”
Aflah sedikit terkejut. Ayah bosnya, maksudnya inilah bos segala bos. “Maaf tuan haji. Saya tak kenal tuan haji,maaf ya.”
Haji Muzir tersenyum. “Tak apa,Aflah. Tak ada halnya. Tak payahlah bertuan haji, pakcik pun cukup. Pak cik bukan haji sangat, haji main dam aji aje,”seloroh Haji Muzir.
Aflah ketawa. Lawak betul pakcik ni, kelakar semacam. Kalau diingatkan serupa macam encik ultraman.
“Kelakar la pakcik ni…”sambut Aflah lagi.
“Aflah nampak Irfad?”
Aflah mengerutkan kening. Irfad?
“Encik Irfad dah balik dari Bali ke pakcik?” hairan juga dia, selama dia di sini, belum lagi dia bertemu dengan Irfad.
“Hai,bila pula budak tu ke Bali. Hari-hari balik rumah. Tak kan ulang-alik naik jet kot?” Haji Muzir kehairanan. Irfad ke Bali? Kalau Aisha,logik lah. Agaknya salah dengar budak Aflah ni.
“Ha,tu pun dia.Irfad, Irfad…ke sini kejap!”laung Haji Muzir.
Aflah ternganga. Orang tua ni rabun ke? Itukan si ultraman, tukang kebun. “Pak cik, tu Fuad…tukang kebun. Bukan Encik Irfad,”beritahu Aflah yakin.
“Fuad? Mana itu si Fuad. Fuad dah seminggu cuti, isteri dia bersalin. Itu memang Irfad, anak pakcik.”
Aflah menggigit bibir.

Irfad menepuk dahi. Aduh walid,potong stim betul. Sah rahsianya sudah pecah. Dari jauh dia dapat lihat wajah si duyung yang terkejut besar dengan mulut yang ternganga. Dia meraup muka. Punah rancangannya mahu kenakan si duyung cukup-cukup.
“Apa lagi tu,Irfad. Cepatlah. Walid nak masuk ofis pula ni,”panggil Haji Muzir lagi. Hairan dia melihat Irfad yang teragak-agak mahu datang padanya. Malu ke? Malu apa, bukannya tak pakai baju seluar.
Irfad mengheret kaki. Diikatnya rambutnya yang bertiup di pangkal bahu. “Apa ni walid…jumpa kat rumah tak boleh ke?”soalnya sambil menjeling Aflah yang bercekak pinggang di sebelah walidnya. Dia mengenyit mata pada gadis itu.
Aflah menjelirkan lidah. Ohhh…selama ini dia dibodohkan semua. Tak guna punya Imah. Patut pun begini perangai si ultraman, walidnya pun kepala lawak selamba.
“Suka hati walid lah. Kenapa dengan kamu ni,Ir? Bila masa kamu jadi tukang kebun?”tanya Haji Muzir. Memang bukan silap mata, tapi memang Irfad yang sedang menyapu dedaun kering di hujung jalan sana.
“Saja nak keluar peluh,nak pergi gim malas.” Dia menyeringai sambil merenung Aflah yang tak keruan.
“Tak apalah,pakcik,bos. Saya pergi dulu ya,”pohon Aflah sambil memberi senyuman manis. Dia mahu cepat-cepat pergi, mahu mencari Imah. Mahu saja dicubitnya perempuan itu. Sanggup satu inap desa ini bersubahat.
“Jalan baik-baik ya,cik Aflah. Kat sini ramai orang minyak. Yang tua pun ada, yang muda lagilah.”
Aflah mencebik bibir. Geram melihat senyum miang Irfad padanya.
Haji Muzir hanya mampu ketawa.

“Aduh…apasal kau tarik-tarik aku ni,Af. Kau nak pergi mana?”soal Imah penuh tanda tanya. Hairan dia melihat wajah Aflah yang putih melepak itu merah padam.
“Kenapa kau tak cakap yang Fuad tukang kebun tu bos kita?! Sampai hati kau mainkan aku ye,Imah.”
Imah ketawa kecil. Mana pula minah ni dapat tahu? Irfad awal-awal lagi dah pesan pada semua orang jangan pecahkan rahsia. “Sorilah Af, Irfad yang bagi kami arahan. Kalau tak ikut gaji kena potong. Sayang wooo…,”jelas Imah dengan muka sedih.
“Bos yang suruh?”
Imah mengangguk. “Iya, dia saja nak test ketahanan mental Af. Siapa yang beritahu Af?” Imah cuba mengorek rahsia. Manalah tahu nanti Irfad bertanya, boleh dia pertahankan diri. Tak mahu dia dipotong gaji.
“Tadi Af terserempak dengan Haji Muzir, dialah yang tunjuk pada Af.”
Imah meraup muka dengan kedua tangan. Amin, nasib baik Haji muzir yang membuat onar, kalau tidak ada yang kena potong gaji seminggu.
“Fuhhh…nasib baik tuan haji, kalau orang lain dah sah kena pancung.”
Aflah terduduk di kerusi rotan. Tak tahu dia, nak menangis atau ketawa. Selama ini dia dimainkan semua, tapi dia hairan. Kenapa si ultraman tu buat begitu, mahu uji mental konon. Cehhh…!
“Af, Af jangan marah kita orang ye. Kita orang ni menurut perintah aje,”pujuk Imah sayu. Di layukan wajah mohon belas dari Aflah.
“Yelah,yelah…tapi kali ini Imah kena jujur dengan Af. Af tak suka tau kena tipu macam ni,”rajuk Aflah.
“Hak eleh, merajuk pula dia. Yelah,yelah…jom pergi minum. Pakcik Mail ambil buah kelapa muda tadi. Campur dengan air batu sedap wooo….”
Aflah menghambur tawa. Susah betul nak marahkan orang macam Imah. Ada saja taktiknya.
“Yelah,yelah…tapi janji Imah belanja.”

Irfad melangut di ruang pejabatnya yang kecil. Ingatkan mahu mandi, tapi dia mahu bertemu Aflah secara rasmi dari seorang bos dengan pekerjanya. Dia tersenyum sendiri. Bunyi ketukan pada pintu kayu cengal itu mengejutkannya.
“Masuklah kalau tak malu,”pelawanya bersahaja.
Aflah mengepal tangan. Geram betul. Dah lah dia yang dipanggil mengadap, boleh pula buat lawak bodoh macam tu. Ditolaknya perlahan daun pintu itu. Irfad yang sedang bersandar sambil matanya terpejam sedang tersenyum sendiri.
“Boleh saya masuk,Encik Irfad?” saja dia berbahasa, malas nak cari gaduh.
“Masuklah, tapi tolong tutup pintu rapat-rapat ya,”pintanya tegas.
Aflah menelan liur. Biarlah…jangan ingat dia takut. Kalau diapa-apakan, dia buka langkah teakwando.
“Kenapa encik ultr…Irfad nak jumpa saya. Encik nak pecat saya ke?” soalnya gugup. Biarlah, kalau dipecat pun,bukan dia kisah.
“Bukan. Saya cuma nak maklumkan, Cik Aflah dah tak boleh tinggal di chalet tu lagi. Sebabnya chalet tu untuk pelanggan,bukan untuk pekerja. Jadi , cik Aflah akan berpindah ke satu tempat yang disediakan dalam masa tiga hari saja lagi.” Serius saja Irfad memberi arahan.
Aflah mengerutkan dahi. Di mana? Setahu dia, bukan ada kuarters pekerja pun. Semua pekerja disini tinggal dirumah sendiri. Tak kan dia kena pindah ke surau dan bilik rehat mini disebelah dapur.
“Boleh saya tahu ke mana saya pindah,Encik Irfad?”
Irfad menyeringai. “ Rumah saya.”
Matanya hampir terbeliak. Irfad dilihatnya tersenyum-senyum, buat muka seposen.
“Saya bagi Cik Aflah masa cari tempat atau rumah sewa yang sesuai. Tapi…tiga hari saja. Kalau tak mahu pindah juga, you can quit. Anak manja mana tahan lama-lama kerja begini,”sindir Irfad pedas.
Aflah menggigit bibir. Apa, ingat dia manja sangatkah?
“Cik Aflah, sebelum keluar, sila pastikan Cik Aflah siapkan tugasan terbaru dalam senarai ni. Hari ini juga.” Irfad melempar sekeping kertas kuning yang siap ditulis tangan.
Tangannya pantas menarik daun pintu, mahu cepat keluar dari situ. Tak kuasa dia mahu melayan karenah si ultraman itu. Matanya mencari perkataan yang tertulis pada kertas tadi.

List of Works To DO
1.     Cuci semua tandas dan bilik air di IDUM.
2.     Sapu dan bakarkan daun-daun kering di sekeliling IDUM
3.     Buat kopi ‘o’ untuk saya tepat jam 4.15 petang.
Aflah merenyukkan kertas. Hatinya menjerit kuat. Menyampah! Baru saja dia mahu melangkahkan kaki, namanya kembali dipanggil.
Aduh…apa lagi? Aflah masuk kembali ke bilik Irfad.
“Macam mana?”
“Macam mana apa?”soalnya kembali.
“Tawaran untuk tinggal dirumah saya?”
 Aflah kelu.
“Jangan salah faham. Aku bukan nak sangat kau tinggal kat rumah aku, tapi takkan kau nak duduk rumah singgah tu sampai bila-bila. Lagipun ummi aku dah bising. Kau nak ke tidak?” Orang tanya tak berjawab, menunggul macam patung. Bodoh.
“Errrr…tak apalah,Encik Irfad. Saya akan cari rumah sewa. Terima kasih.”
Irfad mencebik bibir. Lantak kaulah, yang penting jangan menyusahkan dia. Mata mereka bertentang.
Rumah dia? Rumah dia! Apa gila ke dah tak siuman. Aflah ternganga di kerusi. Cepat-cepat dia menutup mulut. Encik ultraman dia lihat tersengih macam kerang busuk. Isshhh, haru betul. Ingatkan sudah habis tajuk perbincangan ini. Nampaknya beria benar si utraman ini.
“Er, tak apalah Encik Irfad. Saya cari rumah sewa nanti, tak payah susah-susah.”
Kepala Irfad digeleng. “Tak menyusahkan…lagipun ummi saya yang mahu awak tinggal kat rumah kami. Awak kan anak yatim piatu.”
Aflah mengepal tangan. Yatim piatu tengkorak dia! Cakap lepas, dasar mulut mesin-gun. “Saya ada mak bapak,Encik Irfad.”
“Dah gitu, baguslah. Biasanya ikan duyung ni anak yatim, menumpang rumah putera raja di daratan, betul tak?”
Ya Rabbi, kaki tengok kartun. Tuan bukan main garang, hati masih kebudakan-kebudakan. Aflah mendiamkan diri.
“Cik Aflah, saya tak kisah kalau awak nak menyewa kat mana-mana pun, tapi saya nak maklumkan, area sini tak banyak rumah sewa. Sini bukan Kuala Lumpur. Tapi, awak boleh cuba cari dulu. Saya beri awak masa tiga hari untuk cari. Kalau tak ada, tawaran saya masih terbuka. Macam mana, setuju?”
Dia berfikir sejenak. Tiga hari? Bolehlah, nanti dia minta tolong Imah. “Okay, tiga hari. Ada apa-apa lagi?”
“Ada. Nak keluar nanti, tutup pintu rapat-rapat. Saya nak tidur.” Irfad menguis tangan ke arah Aflah.
Cehhh…ingatkan apa tadi. Aflah tersenyum mengejek. “Baik,bos.”
“Ohhh…duyung…”
Langkahnya terhenti. Lagi.
“Ya,boss,”balasnya lembut,kalau diikutkan hati, dicekiknya lelaki itu biar terbeliak biji mata.
“Jangan lupa, semua bathroom kat sini menunggu kedatangan puteri duyung yang mulia. “
Aflah melepaskan nafas. Dia kemudiannya menarik nafas dalam-dalam, menghembusnya keluar beberapa kali. “Baik,bos.”
Suara Irfad berdekah-dekah ketawa membuat hatinya kian membara. Siaplah kau nanti!

No comments:

Post a Comment